Apa 9 Faktor Risiko Kanser di Malaysia?

"Sebatian antioksidan Oleocanthal dalam minyak zaitun 'extra virgin'.

Didapati berupaya membunuh sel kanser dalam manusia.

Namun ia tidak membunuh sel bukan kanser"


Sumber:

Oleocanthal and oleocanthal-rich olive oils induce lysosomal membrane permeabilization in cancer cells. PLoS ONE (2019)

Jabatan Perangkaan Malaysia keluarkan laporan.

KANSER merupakan punca kematian ke-4 tertinggi

Tahun 2022 sebanyak 10.5% meningkat kepada 12.6% pada tahun lepas.

Kanser paling kerap dihidapi iaitu:

Kanser hati, paru-baru, breast, hidung dan kanser kolon.

 

Sebut tentang kanser – ia penyakit amat digeruni.

Ada faktor risiko kanser yang tak boleh dielakkan seperti:

  • Keturunan genetik
  • Sejarah keluarga
  • Proses penuaan

Namun ada juga faktor risiko yang boleh diubah dan dicegah:

  • Makan secara sihat
  • Aktif bersenam
  • Kekalkan berat badan ideal
  • Elak alkohol
  • Elak merokok
  • Elak terdedah bahan kimia

Contoh bahan kimia yang ada di sekeliling menurut jurnal Science Archives (2022),

Benzene, beryllium, vinyl chloride, arsenic dan asbestos

Benzene ada dalam bekas plastik. Dalam racun serangga, cat dan gam.

Risiko kanser juga meningkat.

Jika terlampau terdedah kepada sinar UV daripada terik matahari & gajet.

Yang kaki hisap rokok atau vape take note ye.

Ia boleh mengakibatkan kanser di hampir semua bahagian badan.

Asap rokok atau vape mengandungi sekurang-kurangnya 70 bahan carcinogenic

Yang boleh jahanamkan DNA. Dan menyebabkan sel bermutasi.

Sel mutasi merosak dan bertukar menjadi sel kanser.

Lebih banyak puntung rokok anda hisap, lebih tinggi risiko kanser. 

 

Risiko kanser boleh dicegah dengan banyakkan makanan bersifat anti-cancer.

Contohnya, kekacang, sayur seperti terung, tomato, brokoli.

Ambil protein berasaskan tumbuhan berbanding protein haiwan.

Lagi satu, JAUHI gula putih.

40% risiko kanser boleh dicegah jika singkirkan gula putih daripada diet

Kanser ni membesar dengan galak dengan gula putih.

Gula putih juga besarkan fizikal tubuh.

Ikut kajian, 62% wanita dan 48% lelaki di Malaysia obes

BACA 3 TANDA ANDA DALAM KATEGORI OBES

Lebih dari 85% lelaki juga ‘mengandung’.

Perut boyot ke depan. Penangan gula putih juga.

Paling memilukan, kanak kanak obes juga makin meroket bilangannya.

BACA KESAN OBESITI KE ATAS KANAK KANAK

Gula putih juga tonik kepada sakit kepala, migraine, cyst, anxiety, depression

Gula putih ni ada dalam makanan berproses.

Makanan segera di rak rak pasar raya.

BACA APA JADI LEPAS SEMINGGU STOP MEROKOK?

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top