10 Khasiat Ubi Keledek (Superfood Tempatan)

Keledek manis atau sweet potato.

Warna ungu atau oren.

Atas pilihan masing masing.

Lagi padu, keledek Jepun. Gemuk dan manis semula jadi.

Bantu kawal gula dan stabilkan tekanan darah.

Bantu seimbangkan indeks glisemik dan kawal diabetes.

Rendahkan risiko kanser pankreas.

Lebih menarik ialah kajian oleh Harvard University.

Kajian libatkan 124,000 orang.

Mereka yang amal keledek dapat kurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 32%!

Kuncinya pada anthocyanin yang ada pada keledek.

Selain bantu turunkan paras asid urik sebanyak 30%.

Asid urik berlebihan penyebab gout. Cegah kerosakan DNA.

Cara paling padu nak makan bila rebus/kukus.

Nutrien lebih banyak dikekalkan.

Serta lebih banyak diserap ke dalam badan.

Apabila direbus, struktur kimia dalam keledek diubah.

Kanji dalam keledek.

Iaitu amylopectin dan amylose lebih lama dicerna oleh enzim.

Kesannya?

Mengelakkan glucose spike dalam darah.

Saiz sederhana besar bekalkan 400% vitamin A.

Vitamin A untuk apa?

Vitamin A perlu untuk kulit. Untuk mata.

Zaman ber’smart phone’ penting ambil vitamin ini.

Supaya mata tajam menikam walau dalam kelam. Pandangan tak suram.

ARTIKEL TRENDING: 11 MAKANAN PATUT MAKAN PADA BULAN PUASA

Beta carotene dalam keledek ni banyak.

Selain bagus untuk kesihatan mata, ia bantu proses cuci.

Cuci sel sel tubuh daripada radikal penyebab radang (inflammation).

Juga ada potassium untuk singkirkan lebihan garam.

Dan kurangkan tekanan pada salur darah.

Kandungan B6 dalam keledek adalah dambaan otak.

B6 akan pacu kelajuan otak.

Selain kurangkan stres penyebab serangan jantung.

Dalam keledek juga ada banyak vitamin.

Ia akan bantu kolagen. Kulit jadi anjal susah berkedut.

Makan keledek dapat bantu tidur nyenyak.

Kandungan magnesium dalam keledek adalah kuncinya.

Iron dalam keledek pula kuatkan sistem imun.

Galakkan pertumbuhan bakteria baik termasuk  Bifidobacterium dan Lactobacillus.

Boleh ucap selamat tinggal pada selesema dan batuk.

Ucapkan sayonara pada demam.

ARTIKEL BERKAIT: 11 KHASIAT SEBENAR PUCUK UBI KELEDEK

Ini resepi mudah buat mochi keledek.

5 bahan diperlukan iaitu:

Caranya sangat mudah.

  1. Kukus keledek. Lenyekkan. Tabur biji bijan.
  2. Tambah gula kelapa/madu jika tak manis.
  3. Bentukkan jadi bebola. Letak tepi.
  4. Campur tepung dengan sedikit air suam.
  5. Uli sehingga jadi doh lembut melekit.
  6. Letak bebola di tengah tengah. Bentukkan.
  7. Panaskan kuali leper. Sapu mentega.
  8. Goreng sampai keperangan.

ARTIKEL BERKAIT: MENTEGA VS MARJERIN – MANA LEBIH BAIK?

Anda Juga Mungkin Berminat

3 Sebab Kenapa Anda Cepat Lesu Bila Tidur Lepas Sahur

Bagaimana Kita Jadi Lapar? Rupanya Otak Anda ‘Tipu’ Anda Tanpa Sedar

Rahsia Otak Di Sebalik Puasa dan Al-Quran Yang Jarang Dibongkar

Puasa Boleh Naikkan Human Growth Hormone 5x Ganda? Ini Fakta Ramai Tak Tahu

Kajian Dedah Rahsia Puasa Pada Otak: Otak Jadi Lebih Kuat, Risiko Depresi Turun?

Puasa Aktifkan Hormon Pecah Lemak Dalam Badan

Scroll to Top