Pecan

23 Kebaikan Pecan Ramai Tak Tahu

Lebih 19 Vitamin & Mineral Penting

Pernah makan tak kacang pecan?

Rupanya nak sama dengan walnut. Tapi pecan ni lebih langsing sikit.

Kebaikan pecan ni tiada tandingannya.

Menyamai supernuts lain seperti walnut, kuaci, badam dan pistachio.

Pecan ni penuh dengan vitamin dan mineral.

Contohnya, antioksidan. Kalsium, fosoforus, potassium, thiamin, zink, vitamin A, B, E.

Serta asid folik.

Pagi tadi cuba resipi baharu.

Nama dia OCOC Biskut Pecan Coklat.

Saya buat dengan Maryam. Ini cara nak didik anak nilai makanan sihat.

Maryam pun sedar akan kebaikan pecan.

Jadi, di bawah ini saya sediakan resepi sekali.

OCOC Biskut Pecan Coklat

Bahan-bahan:

  • 2 sudu mentega dicairkan
  • 1 biji telur
  • 2 sudu gula kelapa
  • 1 sudu ekstrak vanilla
  • 7 sudu chocolate chips tanpa gula
  • 1 sudu mentega
  • 6 sudu tepung kelapa
  • 1 susu serbuk coklat (70% cocoa)
  • 1/8 sudu baking powder
  • 1/8 sudu garam pink
  • 1/4 sudu xanthan gum
  • 1/4 cawan kacang pecan

Cara Penyediaan:

Langkah #1:

  • Guna bekas sederhana besar.
  • Selepas itu, masukkan 2 sudu mentega cair, telur, gula kelapa, dan ekstrak vanilla.
  • Kemudian, gunakan mixer. Pukul hingga naik dan sebati.

Langkah #2:

  • Dalam pan, panaskan 6 sudu chocolate chips tanpa gula bersama satu sudu butter hingga cair.

Langkah #3:

  • Campurkan bahan dari langkah kedua dan pertama.
  • Kemudian, gunakan mixer. Pastikan adunan bercantum dan menjadi smooth

Langkah #4:

  • Masukkan bahan bahan lain ke dalam bekas adunan campuran langkah satu dan dua.
  • Kacau hingga sebati.

Langkah #5:

  • Letakan adunan dalam freezer.
  • Biarkan 7-8 minit. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.

Langkah #6:

  • Sapukan baking sheet dengan butter atau ghee.
  • Ambil satu sudu letakkan atas baking sheet dan bentukkan seperti bentuk biskut.

Langkah #7:

  • Bakar 8-10min.
  • Biarkan biskut sejuk di atas tray antara 10-15 min.
  • Akhir sekali, selepas sejuk masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Turunkan Tekanan Darah Tinggi

Ikut kajian dalam jurnal The University of Missouri of Center for Agroforestry tahun 2021:

Kebaikan pecan iaitu lemak poli tak tepu dan lemak mono tak tepu.

Bahkan, dua ni adalah lemak mesra jantung.

Bantu rendahkan kolesterol dalam darah.

Terutama kolesterol jahat (LDL).

90% minyak dalam pecan adalah minyak sihat yang bagus untuk jantung.

Bukan itu jer, pecan juga kaya potassium, magnesium dan kalsium.

Bantu turunkan tekanan darah tinggi.

Tambahan, pecan ni sumber copper yang ideal untuk badan.

Untuk hasilkan adenosine triphospate (ATP).

Satu molekul yang bertanggungjawab untuk penukaran tenaga.

OTAK DAN MULUT TAK SELARI? BACA DI SINI

Rendahkan Risiko Penyakit Kardiovaskular

Pecan sumber fitokimia yang bagus.

Untuk rendahkan risiko kanser dan sakit jantung.

Serta berciri anti-inflamasi.

Bekalkan nutrisi untuk OTAK.

Dan boost metabolisma.

Pecan ada 60% lemak mono tak tepu. 30% lemak poli tak tepu.

Galakkan pengumpulan kolesterol baik.

Selain itu, ada beta carotene dan vitamin E.

Redakan radang dan stabilkan kolesterol.

Serta baik untuk jantung.

Pecan elok untuk PMS dan osteoporosis.

Galakkan pertumbuhan rambut. Serta cegah rambut gugur.

Pecan juga adalah sumber protein setara dengan daging.

Dan mengandungi 25% lebih oleic acid.

Ejen turunkan kolesterol berbanding 1 sudu makan minyak zaitun.

Padu tak padu?

Pecan ada jumlah phytosterols yang paling tinggi dalam kalangan supernuts.

TAHU TAK 2 SUPERNUTS NI BAGUS UNTUK RAMBUT?

BADAM: BACA DI SINI

WALNUT: BACA DI SINI

Ejen Anti-Kanser

Pecan dijuluki sebagai longevity nuts.

Sebab apa?

Sebab ada arginine.

Amino acid bantu hasilkan nitrik oksida.

Bantu relakskan saluran darah.

Serta lancarkan aliran darah.

Ada flavonoid, ellagic acid dan stanols.

Bantu lawan kerosakan sel akibat teroksida.

Tak cukup dengan itu. Ada asid folik dan magnesium.

Serta kaya fiber untuk tahan kenyang lebih lama dan cegah craving.

Pecan ada oleic acid. Dan ellagic acid.

Kajian dapati,

Ia mampu rendahkan risiko kanser payudara, kolon dan prostat.

Ada sifat anti-proliferative.

Di mana ia halang pengikatan ejen karsinogenik.

Contohnya iaitu,

Nitrosamine dan polycyclic aormatic hydrocarbon daripada melekat pada DNA.

TAHU TAK DURIAN BELANDA ADALAH ANTIKANSER? BACA DI SINI

Ejen Bantu Pencernaan

Pecan bantu lancarkan penghadaman.

Vitamin B-kompleks yang ada dalam pecan bantu tingkatkan metabolisma badan.

Riboflavin, niacin, thiamin, folate, B6 dan panthothenic acid.

Juga bantu kurangkan penghasilan hormon ghrelin – hormon penyebab lapar.

Dan tingkatkan leptin – hormon kurangkan selera.

Sebab ada oleic acid.

Buat perut rasa kenyang lebih lama.

Satu genggam pecan bersamaan 18-20 biji.

Serta bakar lemak terutama pada bahagian perut.

Elak perut buncit.

Selain itu, mereka bantu proses peristalsis dalam perut.

Bantu cuci kerak yang melekat.

Kesannya, elak sembelit. Elak buasir dan cirit-birit.

TAHU TAK LIMAU KASTURI BOLEH SINGKIRKAN TOKSIN DALAM BADAN?

BACA DI SINI

Mesra Diabetes

Kajian banyak dapati supernuts seperti pecan boleh cegah penyakit kronik lain.

Terutama bagi penghidap diabetes.

Mengacang tak perlu banyak. Cukup satu genggam kecil.

Untuk bantu rasa kenyang lebih cepat.

Tiada keinginan untuk mengudap makanan tinggi karbohidrat dan gula.

Bahkan, gula dalam darah juga terkawal.

Pecan punyai nilai indeks glisemik (GI) yang rendah.

Tidak akibatkan lonjakan dalam gula darah.

Dan perlahankan penyerapan karbohirat.

Malahan, memakan pecan bersama makanan indeks glisemik tinggi.

Boleh bantu kurangkan kesannya.

SELAIN PECAN, PISTACHIO JUGA MESRA DIABETES! BACA DI SINI

Ejen OTAK

Kalau saya suka makan dalam 10-15 biji pecan untuk fungsi OTAK.

Pecan juga ada lemak Omega-3.

Bantu redakan inflamasi bagi yang ada arthritis.

Magnesium, kalsium, fiber, zink dan vitamin E juga bekalkan ciri antiradang.

Antioksidan dalam pecan bantu lindungi sel daripada kerosakan.

Penyebab Alzheimer’s dan Parkinson.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0