10 Khasiat Sebenar Legum (Biji Bijian) Anda Perlu Tahu

Legum masuk kategori biji yang ada dalam lenggai/buah/tumbuhan.

Contoh legum biasa dimakan:

Kacang dhal, parang, pinto, soya, hitam, merah, hijau, pis & kacang kuda

Sumber legum lain seperti:

Flaxseed, chia seed, lotus seed, millet, walnut, pistachio, almond, kacang Brazil & buckwheat

ARTIKEL BERKAIT:

MENTEGA KACANG VS MENTEGA BADAM? MANA LEBIH BERNUTRISI?

Setiap hari, wajib ye ambil 1 sajian legum

Kenapa kena amal legum?

  1. Cegah risiko kanser akibat masalah penghadaman.
  2. Antioksida halang kerosakan sel & penuaan pramatang.
  3. Tinggi protein untuk fungsi sel & tumbesaran otot.
  4. Serat fiber bantu lancarkan pembuangan air besar.
  5. Turunkan berat badan & kecilkan lilitan saiz pinggang.
  6. Antiradang turunkan tahap kolesterol tinggi.
  7. Rendahkan & stabilkan tekanan darah.
  8. Tingkatkan ketumpatan tulang.
  9. Sumber nutrien kompleks rendah Indeks Glisemik (GI).
  10. Bekalkan tenaga berpanjangan.

RESEPI KACANG KUDA

Macam mana nak kurangkan lapar selepas waktu makan utama?

Dan elak makan berlebihan? Jawapannya, ambil snek.

Tapi! Bukan snek segera.

Bukan snek frozen seperti sosej, nuget, burger atau cikendes.

Ini resepi snek sihat mudah dibuat guna chickpeas.

Chickpeas (kacang kuda) bagus untuk penghadaman. Bersifat antikanser

Rendahkan gula & kolesterol dalam darah.

Selain bantu kurangkan selera dan keinginan berjajan makanan tinggi garam.

Bahan:

  • 1 mangkuk chickpeas (basuh & rendam)
  • 1 sudu makan minyak zaitun extra virgin
  • 2 sudu teh serbuk cili
  • 1/3 sudu teh garam Himalaya
  • Sedikit Madu Uzbekistan (untuk salut)
  • Kulit limau nipis (diparut)

Cara masakan guna air fryer.

  1. Gaul chickpeas dengan minyak, serbuk cili, madu dan garam.
  2. Letakkan kertas bakar dalam bekas air fryer. Tuangkan campuran.
  3. Ratakan. Bakar suhu 360°C selama 10 minit atau sampai rangup.
  4. Bila dah siap, taburkan kulit limau dan gaul.

Mudah bukan?

Sedap pun sedap. Yang penting, banyak nutrien tambahan untuk tubuh.

Cubalah.

Anda Juga Mungkin Berminat

Probiotik: Bakteria Baik Yang Jaga Usus & Kuatkan Imun Anda Dari Dalam

Mata Pejam, Tapi Otak Masih Berjaga? Ini Puncanya Sebenarnya.

Selalu Lupa Bukan Tanda Biasa! Ini Tanda Awal Alzheimer Yang Ramai Terlepas Pandang

Bangun Pagi Rasa Lemau? Cuba Cara Simple Ini Untuk Segarkan Badan

Burnout Kerja: Kenapa Makin Kuat Bekerja, Makin Cepat Lesu? Ini Jawapannya!

15 Cara Sejukkan Bilik Tanpa Aircond, Rumah Rasa Nyaman Walaupun Cuaca Panas

Scroll to Top