Author name: Dr Rizal Abu Bakar

Jom Fikir Positif !

Andai kita mahu bahagia sepanjang hayat, pastikan kita jadikan OTAK kita bahagia dahulu. Kenapa? Bahagia adalah lebih penting pada OTAK kita berbanding dengan apa yang kita sangkakan. Berfikiran positif contohnya boleh merangsang otak untuk mewujudkan lebih banyak rasa fikiran positif. Isteri saya ceritakan yang rakan beliau dapat surat pertukaran ke tempat pilihan beliau Isnin yang …

Jom Fikir Positif ! Read More »

5 Khasiat Vitamin C

Vitamin C penting untuk tubuh. Sumber utamanya dari buah-buahan dari sayuran. 1. Kulit Cantik dan Pembentukan Kolagen. Vitamin C dari sumber natural dapat kurangkan kedutan pada kulit. Ia lembabkan kulit dan lambatkan proses penuaan. Kulit jadi cantik dan muda. 2. Vitamin C diguna oleh tubuh untuk bentukkan protein bagi lahirkan kulit, tendon, ligamen dan pembuluh …

5 Khasiat Vitamin C Read More »

Kesan Pengambilan Makanan Ringan Pada Otak

Tahun lepas universiti tempat saya belajar dahulu, iaitu the Australian National University (ANU) dan Deakin University membuat kajian bersama. Kedua-duanya mengkaji kesan pengambilan makanan ringan ke atas otak. Berikut adalah dapatan kajian kesan makanan ringan ke atas otak: 1. Bahagian otak yang terlibat dalam pembelajaran, memori dan kesihatan mental iaitu hippocampi menjadi kecil. 2. Mengurangkan …

Kesan Pengambilan Makanan Ringan Pada Otak Read More »

Tidur & Musim Panas ! 3 Tips Ini Akan Bantu Anda

Sekarang ini musim panas di semenanjung. Di Sarawak masih ada hujan di sana sini. Panas boleh mengganggu tidur. Bertugas di Canberra Sleep Laboratory, Australia mendiagnos masalah tidur mengingatkan saya tentang betapa kadang-kadang kita ambil mudah tentang tidur. Tidur selalu menjadi mangsa bila ada kerja tambahan atau ujian bagi pelajar. Tidur dikurangkan. Kesannya mendalam. Terutama pada …

Tidur & Musim Panas ! 3 Tips Ini Akan Bantu Anda Read More »

makanan otak sihat

9 Tips Mudah Supaya Anak Amal Makanan Sihat

GRAB MCT MANIA Bagaimana Memori Menjadi Power ?Hasil kajian ke atas 18,000 orang. Apabila mereka makan sayur atau lakukan senaman, 21% prestasi memori meningkat. Apabila keduanya dilakukan 45% prestasi memori mencanak naik.Apabila tiga aktiviti sihat dilakukan, prestasi memori naik sebanyak 75%.Lagi banyak aktiviti mesra kesihatan dilakukan lagi POWER memori. Begitu juga sebaliknya. Lagi banyak aktiviti sabotaj memori dilakukan lebih …

9 Tips Mudah Supaya Anak Amal Makanan Sihat Read More »

Sudah Masuk 4 Series ? Amalkan 5 Tips Ini

Dah masuk 4 Series? Atau masih 3 Series? Atau baharu sahaja menjejak 5 Series? 3, 4 atau 5 bukan sekadar nombor. Ia wakil usia. Ia petanda sihat makin menjauhi. Apabila mencecah 40an perubahan mula mengintai. Perubahan mengganas. Makan sedikit. Tetapi badan membesar sebagai johan. Menjadi jalur lebar. Turunkan berat badan? Sesuatu yang amat menyeksakan. Kenapa …

Sudah Masuk 4 Series ? Amalkan 5 Tips Ini Read More »

Tidur , Gemuk & Otak

Mungkin ramai tidak sedar. Tak cukup tidur akan kerap makan. Kekurangan tidur membawa kepada lebihnya makan. Kurang tidur jadi ketagih kepada makanan. Lebihnya makan menjadikan kita lebih bulat. Pakaian menjadi sendat. Bayangkan rupa kita yang melebar. Sendi-sendi mula berbunyi. Bangun duduk menjadi sukar. Terutama ketika solat. Lalu solat menjadi perkara yang menyakitkan. Bukan suatu yang …

Tidur , Gemuk & Otak Read More »

Makanan Sebagai Ubat Atau Ubat Sebagai Makanan

Semalam bertemu rakan-rakan lama. Ada yang baru bertemu setelah 26 tahun. Macam-macam dibualkan. Ada rupa berubah. Ada yang masih sama. Ada yang menjadi sarang penyakit. Pendek kata macam-macam ada. Masuk bab makan, selera terus menggunung tinggi. Kecur air liur melihat menu. Seolah-olah terbau aroma masakan. Menu dipilih. Order dibuat. Bualan diteruskan. Usai makan, tema perbualan …

Makanan Sebagai Ubat Atau Ubat Sebagai Makanan Read More »

Air, Otak Dan Tidur

Berapa liter air perlu minum sehari. Ini soalan yang biasa didengar. Mungkin juga soalan yang bermain di minda kita. Banyak nasihat merujuk kepada 8 gelas air. Cukupkah? Atau benarkah nasihat kesihatan hanya 8 gelas air? Ini soalan yang sama saya lontarkan kepada Prof Dinges, professor terkenal dalam bidang tidur dari University of Pennsylvania. Dua minggu …

Air, Otak Dan Tidur Read More »

Bayi & Tidur

Luahan seorang ibu. Nama beliau ialah Puan N. “Dr. Rizal. Saya marah betul dengan suami. Dia dapat tidur lama. Nyenyak. Anak saya baru 9 bulan. Bangun malam 2-3 kali. Suami tidur mampus. Anak menangis dia tak dengar. Tak bergerak. Bila bangun komplen dia letih sangat. Saya yang menderita tidur tak cukup. Malam tak nyenyak. Siang …

Bayi & Tidur Read More »

Scroll to Top