13 Khasiat Daun Selom (Water Celery) Untuk Kesihatan

Pucuk dicita ulam mendatang…

Pepatah Melayu ialah bukti betapa orang dulu dulu.

Gemarkan ulam ulaman.

Ini antara RAHSIA tok nenek kita masih kekal sihat

Walaupun dah series 80an

Dulu, mana mampu nak beli sayur / salad.

Lagipun, ulam tempatan senang ditanam. Mudah tumbuh meliar.

 

Nama sainsnya Oenanthe Javanica.

Dalam bahasa Inggeris dipanggil water celery.

Japanese parsley, Chinese celery atau water dropwort.

Daun selom ni mungkin ramai yang tak kenal.

Tapi permintaan tinggi disebabkan khasiatnya yang banyak.

Mudah didapati di pasar pasar pagi.

Kalau jumpa, kena beli dan makan sebagai ulam ulaman.

Kalau dekat belah utagha, selom dia racik haluih haluih

Buat ramuan laksa

Tambah pula bawang goreng, bunga kantan, timun.

Memang merecik!

Kenapa daun selom?

Daun selom banyak dikaji. Sama dengan ulam tempatan lain.

Seperti pegaga, peria katak, kacang botor.

Cekur manis, pucuk gajus, beluntas, rebung dan banyak lagi.

BACA 18 JENIS ULAM UNTUK AWET MUDA

Snek Sihat Chickpeas OCOC kini DILANCARKAN!

Kajian dalam Journal of Natural Remedies tahun 2016,

 

1. Sangat Tinggi Vitamin E

Bayangkan.

Anda dapat peroleh kebaikan vitamin E.

Hanya dengan ambil daun selom.

Tahu tak?

Vitamin E atau nama sains, tocopherol /alpha-tocopherol.

Dijuluki ‘beauty vitamin’.

Mahu kulit cantik berseri awet muda?

Rambut sihat dan tak rosak?

Bantu fungsi saraf?

Immunity booster? Cegah katarak mata? BACA SINI

 

2. Kaya Flavonoid

Sebut bab flavonoid.

Biasa dengar ada dalam dark chocolate, tea, epal atau berries.

Siapa sangka rupanya daun selom kaya flavonoid.

Seperti quercetin, luteolin, kaempfrol, apigenin dan rutin.

Flavonoid bersifat anti-kanser.

Neuroprotective dan cardio-protective.

Lindungi sel neuron dan jantung.

 

3. Tinggi Zat Besi

Siapa sangka.

Daun selom ni didapati tingkatkan melanin synthesis.

Yang inginkan rambut hitam.

Dan ingin elakkan rambut cepat beruban.

Boleh berdamping dengannya.

Daun selom juga kaya dengan zat besi.

Kurang zat besi penyebab anemia.

Badan cepat letih, mudah marah, emosi tak stabil.

Apa lagi fungsi zat besi?

  • Tingkatkan sel haemoglobin
  • Jaga kesihatan bayi dalam kandungan
  • Cegah jangkitan
  • Tingkatkan titik fokus
  • Baiki kualiti tidur

4. Tinggi Vitamin C

Sama dengan ulam raja.

Daun selom juga tinggi antioksidan vitamin C.

Sebut bab vitamin C.

Penting sangat untuk cegah premature aging

Baiki sel tisu. Bentuk kolagen.

Tingkatkan penyerapan zat besi.

Bantu hasilkan vitamin E BACA SELANJUTNYA

 

5. Tinggi Beta Carotene

Tahu tak?

Kajian dalam Inter. Journal of Pharmacy & Pharmaceutical Sciences (2014),

Yang kaji pasal kandungan pro-vitamin A.

Dalam 22 jenis spesis ulam yang ada di negara kita.

Daun selom punyai kandungan:

carotenoid 2.5 kali ganda

lutein 1.9 kali ganda

beta-carotene 2.8 kali ganda

LEBIH TINGGI berbanding ulam raja.

Ulam lain yang tinggi vitamin A termasuk pegaga, cekur manis dan pucuk gajus

Padu tak padu?

BACA 7 KEBAIKAN LUAR BIASA VITAMIN A

6. Sumber ‘Anti-Inflammatory’

Sorhamnetin, hyperoside dan persicarin.

Ialah 3 komponen utama yang memberikan daun selom.

Sifat anti-radang. Cegah risiko penyakit.

BACA 10 MAKANAN ANTI-INFLAMMATORY

 

Khasiat daun selom yang direkodkan.

Dalam Evidence-Based Complementary & Alternative Medicine (2019):

Daun selom juga punyai manfaat:

 

7. Hidrasikan tubuh kerana tinggi air (88%)

8. Atasi masalah kekurangan mineral

9. Lindungi sel OTAK (neuroprotective)

10. Kurangkan gula dalam darah (anti-diabetik)

11. Tingkatkan daya ingatan

12. Legakan letih (anti-fatigue)

13. Turunkan tekanan darah tinggi (antihypertensive)

 

ULAM ULAMAN LAIN:

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top