14 Khasiat Halia Tak Patut Dipandang Rendah

Boleh bikin leleh ayaq liur tengok ayam masak halia ni.

Siapa penggemar halia di sini?

Akar berempah pedas ni kena ada dalam diet harian kita.

Sama dengan sedara maranya yang lain seperti lengkuas dan kunyit.

Halia cukup popular kerana khasiatnya.

Sejak zaman dinasti Cina lagi, halia mendapat tempat khas.

Untuk rawatan seluruh tubuh termasuk kejang otot.

Tahu tak?

Halia bantu legakan kejang otot disebabkan senaman sebanyak 25%!

Ini baru satu. Nak tahu 13 lagi khasiat halia?

 

1. Bersifat ‘Anti-Inflammatory’

 

Selain gingerol dan shogaol.

Halia ada lagi 38 jenis antioksidan lain bersifat anti-radang.

Kesannya rendahkan risiko penyakit akibat radang.

Contoh, penyakit Ulcerative Colitis.

Penyakit melibatkan radang pada usus besar.

Simptom seperti cirit birit berdarah dan sakit perut.

Penyakit radang sendi (Rheumatoid Arthritis).

Sendi kaku, nyeri dan bengkak.

Penyakit lain termasuk Crohn’s, psoriasis dan lupus.

Apa lagi makanan ‘anti-inflammtory’?

10 MAKANAN ‘ANTI-INFLAMMATORY’ PATUT DIAMBIL

2. Cegah Risiko ‘Colorectal Cancer’

 

Dalam halia ada satu bahan nama dia gingerol.

Sifat anti-cancer halia banyak direkodkan.

Dalam jurnal Gastroenterology Research and Practice :

Dalam kajian, ia bantu bantutkan dan sekali gus hentikan pertumbuhan sel HCT116

Iaitu sel kanser kolon.

Dalam halia juga ada hexahydrocurcumin –  bahan bersifat toksik pada sel colorectal cancer

Bukan hanya kanser kolon.

Sifat anti-cancer dan anti-tumor halia juga banyak dikaji untuk kanser lain.

Termasuk kanser gastrik, pankrea, hati dan cholangiocarcinoma.

Atau dipanggil kanser salur hempedu.

 

3. Tingkatkan Aliran Darah

 

Selain bantu lancarkan aliran darah.

Halia bantu cuci darah. Cegah terbentuknya plak.

Iaitu mendapan lemak / kolesterol dalam salur darah.

Salur darah tersumbat antara penyebab strok dan serangan jantung!

Halia juga bersifat cairkan darah secara alami.

Sumber lain bantu tingkatkan aliran darah termasuk:

Oren

Kuaci

Avokado

Tembikai

Dark chocolate

Lada cayenne

Ginkgo biloba

4. Turunkan Kolesterol Jahat

 

Orang selalu cakap, kolesterol tinggi ni sebab keturunan.

Tapi ramai tak tahu, statistik terkini dapati:

Kes kolesterol tinggi terutama di Malaysia disebabkan UNHEALTHY DIET

Kolesterol tinggi boleh dibaiki dan disembuhkan.

Halia bantu turunkan paras bad cholesterol dan triglyceride.

Selain halia, bawang putih juga bantu turunkan kolesterol jahat sebanyak 15%!

Selain bantu turunkan peratus lemak tubuh berlebihan.

 

5. Legakan Sakit Kepala

 

Kalau yang kerap sakit kepala.

Amal minum teh halia. Hanya guna 3 bahan sahaja iaitu:

  • 1/2 biji lemon
  • 1 sudu makan Madu Uzbekistan 
  • 2-3 keping halia (macam gambar bawah)

Mood akan terangkat. Kepala kurang rasa pusing.

Kalau yang loya dan rasa nak muntah pun boleh amal minum.

Ini 2 petua boleh amal minum:

 

SAKIT TEKAK:

Campur, kacau dan minum untuk legakan sore throat.

 

BATUK BERPANJANGAN:

Buat langkah sama seperti di atas.

6. Rendahkan Risiko Alzheimer’s

 

Padu tak padu halia ni.

Bantu naikkan paras hormon dopamin dan serotonin.

Dua hormon ni penting untuk cegah depression.

Kesan ni juga ada dalam dark chocolate.

 

Halia juga bermanfaat untuk masalah anxiety, stress dan PTSD

Kalau bab Alzheimer’s.

Halia didapati lindungi memori dengan lindungi neuron Hippocampal

Dalam bahagian Hippocampus yang bertanggungjawab untuk learning dan memori

Kajian juga dapati, halia bantu kurangkan kegagalan kognitif.

Pada peringkat awal dementia untuk warga emas.

 

7. Cegah Risiko Osteoarthritis

 

Menurut kajian dalam jurnal Osteoarthritis & Cartilage (2015):

Pengambilan halia melalui pemakanan boleh kurangkan kesan kesakitan.

Ini diikuti dengan pengurangan bahan aktif radang.

Seperti leukotrienes.

Halia juga ada salicylates – yang ditukar kepada salicylic acid

Apabila berada dalam tubuh.

Salicylic acid halang saraf hasilkan sesetengah prostaglandins.

Yang boleh akibatkan kengiluan atau kesakitan sendi.

 

Khasiat lain halia termasuk:

  • Tingkatkan kesuburan
  • Kawal paras gula dalam darah
  • Galakkan ‘detoxification’
  • Lajukan kadar metabolisma tubuh
  • Legakan ‘menstrual cramp’
  • Tingkatkan penyerapan nutrien

Anda Juga Mungkin Berminat

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

Scroll to Top