31 Khasiat Minyak Zaitun Extra Virgin Untuk Kesihatan

Minyak zaitun kaya dengan Antioksida Hydroxytyrosol yang boleh kurangkan risiko terkena penyakit kronik.

1. Mencegah Stroke

stroke

Strok berpunca daripada:

  • hipertensi (tekanan darah tinggi)
  • Pengambilan makan tidak sihat
  • tabiat merokok
  • gaya hidup tidak cukup rehat/tidur

Penyakit strok ini buatkan pesakit alami serangan.

Dan kesan yang serius sekiranya tidak dicegah atau dirawat.

Jadi, penting untuk awasi kadar tekanan darah dan kolesterol dalam badan.

Kajian terhadap 140,000 individu, mereka yang mengamalkan minyak zaitun mempunyai risiko yang rendah untuk terkena stroke.

2. Menurunkan Risiko Terkena Penyakit Jantung

sakit jantung

Kandungan antioksida di dalam minyak zaitun.

Secara biologinya dapat turunkan risiko terkena penyakit jantung.

Ianya mampu lindungi jantung dari penyakit kolesterol jenis LDL.

Iaitu saluran darah dalam jantung tersumbat.

Untuk elakkan salur darah tersumbat.

Penggunaan minyak zaitun dalam menu makanan harian adalah digalakkan.

3. Membantu Menurunkan Berat Badan

minyak zaitun turunkan berat badan

Minyak zaitun kaya dengan asid lemak yang baik.

Sehingga mampu memberi rasa kenyang.

Dalam sebuah kajian yang dijalankan selama 30 bulan kepada lebih 7,000 pelajar kolej di Sepanyol.

Pengambilan minyak zaitun tidak dikaitkan dengan peningkatan berat badan.

Selain itu, satu kajian lain yang dilakukan selama tiga tahun terhadap seramai 187 orang.

Mendapati pengambilan minyak zaitun yang kerap.

Dikaitkan dengan peningkatan tahap antioksidan dalam darah.

Serta dapat menurunkan berat badan dengan ketara.

Caranya?

Campurkan minyak zaitun bersama salad sewaktu sarapan pagi.

4. Mencegah Sembelit

anti-radang

Helicobacter pylori (H. pylori) bakteria yang sering serang bahagian perut.

Terutamanya golongan kanak-kanak.

Jika serius, bakteria ini dapat mengakibatkan jangkitan dan luka.

Pada bahagian lapisan dinding perut.

Dan, masalah sembelit juga berlaku.

Minyak zaitun bantu stabilkan kembali sistem pencernaan.

Bahkan asid lemak (Monounsaturated fatty acids).

Yang ada dalam minyak zaitun turut memperkuat lapisan lendir pada usus.

Ini pula 5 MAKANAN ANTI-CIRIT BIRIT

5. Mengurangkan Risiko Terkena Diabetes

diabetes

Diabetes terjadi apabila kandungan gula dalam darah melebihi tahap normal.

Atau dipanggil 'hiperglisemia'.

Kandungan gula berlebihan ini berlaku kerana 2 perkara iaitu:

  1.  Pankrea gagal hasilkan insulin secukupnya
  2.  Sel/tisu gagal serap gula terkandung di dalam darah
Dalam satu kajian, diet Mediterranean dengan minyak zaitun dapat mengurangkan 40% risiko terkena diabetes tahap 2

Baca lebih lanjut: 5 MAKANAN ANTI-DIABETES!

6. Mampu Mengawal Kanser Payudara

kanser payudara

Dalam kajian Arab Saudi, didapati bahawa 'oleuropein'

Sebatian semula jadi pada daun zaitun punyai potensi sebagai antikanser.

Pengambilan minyak zaitun dalam diet Mediterranean.

Kurangkan risiko kanser payudara sebanyak 62%.

7. Membantu Menguatkan Tulang

menguatkan tulang

Dalam kajian libatkan lelaki yang amalkan diet Mediterranean.

Didapati minyak zaitun mungkin menyumbang kepada tulang yang kuat.

Darah mereka didapati mengandungi tahap 'osteocalcin' lebih tinggi.

Yang merupakan petanda bagi pembentukan tulang yang sihat.

Kandungan polyphenols di dalam minyak zaitun berikan kelebihan terhadap tulang.

Ia boleh mengurangkan 51% risiko tulang rapuh.

8. Kuatkan Sistem Imun

kuatkan imun sistem

Kandungan Vitamin A, C dan E dalam minyak zaitun.

Mampu neutralkan proses metabolik.

Sekaligus galakkan peningkatan imuniti dalam badan.

Caranya?

Ambil sesudu madu, setengah sudu Minyak Zaitun.

Campurkan dalam segelas air suam. Minum setiap malam.

Baca lanjut: 5 CARA TINGKATKAN IMUN SISTEM

9. Membantu Perkembangan Bayi

perkembangan bayi

Minyak zaitun sangat tinggi kandungan vitamin A.

Yang mampu memperkuat sistem imunisasi badan ibu hamil.

Dalam tempoh kehamilan.

Dengan amalkan makanan tinggi itamin A seperti minyak zaitun.

Dapat menjaga dan melindungi ibu hamil dan bayi dalam kandungan.

Daripada jangkitan dan penyakit.

Selain itu, dapat kurangkan risiko keletihan, loya dan muntah-muntah.

Vitamin A juga bantu perkembangan janin dalam kandungan.

Terutama bahagian mata, selain berupaya cegah kecacatan.

10. Masker Wajah

masker

Minyak Zaitun boleh digunakan sebagai masker.

Namun ianya tak sesuai digunakan untuk kulit berminyak dan berjerawat.

Caranya?

Sapukan sedikit minyak zaitun extra virgin pada kulit muka.

Atau campurkan 1 sudu minyak zaitun dan 1 sudu kecil madu.

Sapukan pada wajah dan biarkan selama 10-15 minit.

Bilas dengan air suam dan keringkan kulit muka.

Dengan menepuk-nepuk guna tuala muka yang bersih.

11. Membantu Awet Muda

awet muda

Dalam minyak zaitunada bahan antioksidan.

Yang dapat bantu proses awet muda.

Serta mencegah kerosakan akibat sinaran ultraviolet (UV).

Penggunaan minyak zaitun juga dapat lindungi kira-kira 20 % daripada sinaran UV.

Minyak zaitun juga mengandungi banyak vitamin; vitamin A, D, K dan E.

Yang diperlukan kulit selain kurangi stres oksidatif.

Punca mempercepat proses penuaan pada kulit.

Caranya?

Amalkan minum sesudu besar Minyak Zaitun setiap pagi.

Nak tahu makanan apa lagi bantu awet muda?

Baca disini: 5 MAKANAN KEKAL AWET MUDA 

12. Melembapkan Kulit Kering

melembabkan kulit


Minyak Zaitun Extra Virgin kaya dengan asid lemak dan sterol tumbuhan.

Sangat sesuai dijadikan’pembersih wajah’.

Kerana mengandungi squalene yang melembapkan kulit wajah kering.

Selain mengurangi risiko kehilangan air pada kulit.

Minyak zaitun juga bantu tingkatkan kandungan air dalam kulit.

Lalu kulit lebih sihat dan wajah kelihatan lebih segar.

Ia juga bantu melembapkan bibir kering kusam.

Caranya?

Parut halia dan campurkan dengan Minyak Zaitun.

Sapu pada kulit yang menggelupas.

13. Merawat Luka

merawat luka

Minyak zaitun sangat bermanfaat untuk bantu penyembuhan kulit.

Setelah mengalami luka akibat terbakar ringan.

Ambil satu ulas bawang merah yang elok dan campurkan dengan Minyak Zaitun.

Sapu pada luka setiap hari.

14. Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi

darah tinggi

Minyak zaitun mampu menurunkan darah tinggi (hipertensi).

Kandungan nitrit oksida dalam minyak zaitun.

Membuat pembuluh darah menjadi lebih luas dan bersih.

Amalkan minum sesudu besar Minyak Zaitun pagi dan malam.

15. Merawat Buasir

merawat buasir
Minyak Zaitun sifatnya anti-radang mampu mengelakkan dari sembelit yang menjadi punca buasir. Sekaligus dapat membantu merawat buasir.
  • mengurangkan keradangan dalam dubur
  • meningkatkan ketahanan tisu kepada mikrob patogen
  • melembutkan kulit dubur dan meningkatkan keanjalannya
  • mengelakkan rekahan pada dubur

Minyak ini sangat bagus untuk orang yang ada buasir.

Cara: Minum satu sudu minyak zaitun setiap pagi semasa perut kosong.

Boleh campur madu atau lemon sebagai perasa tambahan semulajadi.

16. Neutralkan Insulin Dalam Badan

kawal insulin

Bermula tahun 2000, banyak kajian telah dijalankan ke atas minyak zaitun.

Antara penemuan yang sangat menarik ialah:

Kandungan bahan antioksida yang tinggi di dalam minyak zaitun.

Seperti hydroxytyrosol yang hanya ada pada minyak zaitun dan tyrosol.

Tyrosol berupaya lindungi sel Beta pankreas dari tidak berfungsi.

Yang seterusnya kurangkan rintangan insulin (Lee at al. 2015).

Justeru glukosa dapat diserap sel dan tisu badan dan kurangkan kandungan gula dalam darah.

17. Membersihkan Hati

Green olives in oil

Hati merupakan organ paling penting dalam tubuh badan manusia.

Kerana ia bersihkan segala bendasing sistem dalaman manusia.

Jadi apa yang boleh bersihkan hati kita?

Jika ia sibuk beroperasi menyedut hampas dalam sistem dalaman?

Jawapannya adalah minyak zaitun!

Ya, dengan minyak zaitun.

Boleh detokskan hati dengan selamat dan berkesan.

Caranya: Ambil 1 sudu minyak zaitun dan 1/3 jus lemon.

Campurkan di dalam gelas dan minum.

Amalkan 2 kali seminggu atau setiap hari.

18. Menyembuhkan Kolon

kolon

Minyak zaitun juga berupaya melindungi sel daripada risiko penyakit kanser.

Ia juga mampu tingkatkan keupayaan kolon.

Dan memberi kelegaan daripada di serang rasa sakit sembelit.

Jadi jika ingin melindungi kolon atau usus.

Maka minyak zaitun adalah ubat terbaik untuk digunakan.

19. Anti-Keradangan

anti radang

Bukti dan hasil kajian menunjukkan.

Kandungan asid lemak omega-3 yang bersifat anti-keradangan dalam minyak zaitun.

Bantu mengatasi keradangan yang merosakkan kulit.

Dengan itu minyak zaitun boleh digunakan sebagai minyak.

Untuk urutan muka dan sebagai sabun semulajadi.

Minyak zaitun juga bantu elakkan bintik-bintik penuaan.

Kedutan, garis halus, dan kemerahan pada wajah.

Kerana ia berfungsi sebagai ‘booster’ atau ‘sun-block’ alami.

20. Mengurangkan Jerawat

anti jerawat

Minyak zaitun mengandungi manfaat sebagai ubat jerawat.

Lantaran kandungannya yang terdiri daripada:

Vitamin, anti racun dan infeksi, serta anti inflamasi.

Paling penting, ia mengandungi anti bakteria.

Minyak zaitun sangat membantu untuk hilangkan jerawat.

Lembapkan dan menghidrat kulit selain membunuh bakteria penggalak jerawat.

Bukan itu sahaja, minyak zaitun juga dikatakan bantu mengubati dan perbaiki parut luka, parut jerawat dan jeragat.

Nak tahu bagaimana mahu hilangkan jerawat?

Baca disini: KENAPA ADA JERAWAT?

21. Bahan Pencerahan Kulit

anti radang

Dalm proses pencerahan kulit.

Minyak zaitun tidak kurangkan melanin atau tingkatkan pengelupasan sel kulit.

Namun ia boleh bantu halang kerosakan dan pigmentasi dari cahaya matahari.

Minyak zaitun juga bantu kurangkan kemerahan dan kedutan kulit selain perbaiki tona kulit yang tidak sekata.

Baca lanjut: 5 TIPS KULIT CANTIK & AWET MUDA

22. Pencuci Mekap di Wajah

minyak zaitun pencuci make up

Minyak zaitun juga sangat sesuai digunakan sebagai pencuci mekap.

Atau makeup remover yang baik dan berkesan.

Dalam minyak zaitun terkandung ejen pembersih wajah.

Yang bolehkan air untuk bercampur dengan minyak dan kotoran dalam proses membersih.

Minyak zaitun juga sebagai ejen ‘pengemulsi’.

Ia bolehkan bahan-bahan untuk dicampurkan dengan baik.

Penggunaan minyak zaitun sangat baik dalam memecah substansi bertekstur lilin dari produk kecantikan.

Seperti maskara dan eyeliner kalis air.

Minyak zaitun boleh digunakan untuk cuci dengan oleskan sedikit pada wajah dan menyapunya dengan lembut.

23. Merawat Kulit Berminyak

oily skin

Minyak zaitun ada oleochantal yang mampu hilangkan ketidakselesaan pada kulit wajah.

Selain terbukti dapat kurangkan keadaan permukaan kulit yang berminyak, kering, gatal.

Minyak zaitun juga turut berfungsi kawal proses penghasilan minyak berlebihan pada kulit wajah.

24. Membuang Sel Kulit Mati

membuang sel kulit mati

Minyak zaitun yang disapu di wajah mampu buang kulit kering di samping berikan kulit kelembapan.

Dikatakan dengan campurkan minyak zaitun dengan garam laut.

Dapat dijadikan sebagai skrub bagi buang sel kulit mati dan atasi kulit berminyak dan kering.

25. Memudarkan Lingkaran Hitam di Mata

eye bag

Dengan minyak zaitun, dapat singkirkan lingkaran hitam di bawah mata.

Minyak zaitun memiliki khasiat polifenol, vitamin E, dan fitosterol.

Yang bantu cerahkan kulit selain dan hilangkan bintik hitam.

Selain itu, bantu beri nutrisi pada kulit lembut di sekitar mata dan pudarkan garis-garis halus.

26. Meningkatkan Keupayaan Seksual

gentle man

Cukup dengan menjadi sedikit bahan penambah dalam makanan.

Minyak zaitun dapat bantu atasi kelemahan ini.

Hal ini kerana minyak zaitun berperanan penting dalam tingkatkan kadar testosterone.

Di samping jaga pembuluh darah, serta lancarkan sistem peredaran darah.

Baca lanjut: 3 PUNCA TESTOSTERONE MERUDUM & CARA PERBAIKINYA

27. Membantu Ketidaksuburan

membantu kesuburan

Salah satu punca kepada masalah ketidaksuburan;

Jumlah sperma yang tidak cukup, dan tidak sihat, selain kekurangan nutrisi penting.

Namun Minyak zaitun dapat bantu tingkatkan kualiti dan kuantiti sperma.

Secara semula jadi dengan bantuan vitamin E.

Vitamin yang larut dalam lemak ini telah terbukti melindungi membran sel sperma dari kerosakan oksidatif.

Pada lelaki yang tidak subur (Arab Journal of Urology).

28. Menyihatkan Kulit, Rambut, Kuku 

menyihatkan rambut kuku dan kulit

Minyak zaitun sangat bagus untuk kesihatan kulit, rambut, dan kuku.

Selain itu minyak zaitun mampu buatkan rambut lebih kuat.

Hingga ke akarnya kerana berkhasiat untuk lembapkan lapisan kulit kepala.

Juga buatkan kulit menjadi lembut serta dapat perbaiki keadaan kulit seperti sedia kala.

Begitu juga dengan kuku dan tulang.

Minyak zaitun bagus untuk pertumbuhan yang sihat.

29. Membantu Meningkatkan Kesihatan Mental

membantu kesihatan mental

Statistik golongan lelaki dan perempuan mengalami masalah mental atau psikologi sangat tinggi dan kian meningkat.

Bukti kajian menunjukkan pengambilan Minyak Zaitun Extra Virgin (Extra Virgin Olive Oil) secara konsisten membantu mengurangkan masalah depresi.

Bahkan minyak zaitun juga sebagai makanan penting yang menolong meningkatkan kesihatan mental.

30. Mencegah Penyakit Alzheimer's

alzhaimer's disease

Penyakit Alzhaimer's terjadi kerana ada lapisan beta-amyloid yang tumbuh dalam otak.

Menurut Scientific American, oleocanthal dalam minyak zaitun dapat bantu cegah penyakit Alzheimer.

Persatuan Kimia Amerika juga turut menjumpai penemuan yang serupa.

Dalam kajian Amerika, minyak zaitun “extra virgin” didapati dapat tingkatkan pembelajaran dan memori pada tikus.

Menyokong kemungkinan replikasinya pada manusia yang menderita penyakit Alzheimer.

Baca lanjut: BAGAIMANA MAHU ELAK PENYAKIT NYANYUK

31. Melancarkan Sistem Usus

melancarkan sistem usus

Minyak zaitun dapat melincirkan lapisan usus.

Kerana terdapat bahan aktif di dalamnya yang berfungsi sebagai ubat untuk rawat sembelit.

Ini buatkan makanan mudah melalui usus besar.

Masalah sembelit berlaku disebabkan sistem usus yang bergerak lambat.

Dengan itu vitamin K, vitamin E, omega 3, antioksidan, dan asid lemak (fatty acid).

Yang terkandung dalam minyak zaitun dapat rangsang penguncupan usus.

Apabila semakin besar penguncupannya, feses (sisa pencernaan dari zat-zat yang tidak lagi berguna bagi tubuh).

Yang tersumbat di bahagian usus akan lebih mudah ditolak ke dubur.

Dan dikeluarkan dari tubuh dengan mudah.

Baca lanjut: 20 MAKANAN UNTUK USUS SIHAT

Anda Juga Mungkin Berminat

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Anemia Mampu Jejas Perkembangan Otak Anak?

Scroll to Top