KINI DILANCARKAN buku OTAK 3.0
HARGA SPECIAL sempena launching
Harga asal ̶R̶M̶5̶9̶ kini RM39 sahaja!
Jimat sehingga 85% khas bagi yang TERAWAL!
Minyak zaitun kaya dengan dengan Antioksida Hydroxytyrosol yang boleh mengurangkan risiko terkena penyakit kronik.
1. Mencegah Stroke

Strok berpunca daripada:
- hipertensi (tekanan darah tinggi)
- Pengambilan makan tidak sihat
- tabiat merokok
- gaya hidup tidak cukup rehat/tidur
Penyakit strok ini buatkan pesakit alami serangan.
Dan kesan yang serius sekiranya tidak dicegah atau dirawat.
Jadi, penting untuk awasi kadar tekanan darah dan kolesterol dalam badan.
Kajian terhadap 140,000 individu, mereka yang mengamalkan minyak zaitun mempunyai risiko yang rendah untuk terkena stroke.
Baca lanjut: BAGAIMANA MAHU ELAK DARI TERKENA STROK
2. Menurunkan Risiko Terkena Penyakit Jantung

Kandungan antioksida di dalam minyak zaitun.
Secara biologinya dapat turunkan risiko terkena penyakit jantung.
Ianya mampu lindungi jantung dari penyakit kolesterol jenis LDL.
Iaitu saluran darah dalam jantung tersumbat.
Untuk elakkan salur darah tersumbat.
Penggunaan minyak zaitun dalam menu makanan harian adalah digalakkan.
3. Membantu Menurunkan Berat Badan

Minyak zaitun kaya dengan asid lemak yang baik.
Sehingga mampu memberi rasa kenyang.
Dalam sebuah kajian yang dijalankan selama 30 bulan kepada lebih 7,000 pelajar kolej di Sepanyol.
Pengambilan minyak zaitun tidak dikaitkan dengan peningkatan berat badan.
Selain itu, satu kajian lain yang dilakukan selama tiga tahun terhadap seramai 187 orang.
Mendapati pengambilan minyak zaitun yang kerap.
Dikaitkan dengan peningkatan tahap antioksidan dalam darah.
Serta dapat menurunkan berat badan dengan ketara.
Caranya?
Campurkan minyak zaitun bersama salad sewaktu sarapan pagi.
4. Mencegah Sembelit

Helicobacter pylori (H. pylori) bakteria yang sering serang bahagian perut.
Terutamanya golongan kanak-kanak.
Jika serius, bakteria ini dapat mengakibatkan jangkitan dan luka.
Pada bahagian lapisan dinding perut.
Dan, masalah sembelit juga berlaku.
Minyak zaitun bantu stabilkan kembali sistem pencernaan.
Bahkan asid lemak (Monounsaturated fatty acids).
Yang ada dalam minyak zaitun turut memperkuat lapisan lendir pada usus.
Ini pula 5 Makanan Atasi Cirit-Birit
5. Mengurangkan Risiko Terkena Diabetes

Diabetes terjadi apabila kandungan gula dalam darah melebihi tahap normal.
Atau dipanggil 'hiperglisemia'.
Kandungan gula berlebihan ini berlaku kerana 2 perkara iaitu:
- Pankrea gagal hasilkan insulin secukupnya
- Sel/tisu gagal serap gula terkandung di dalam darah
Dalam satu kajian, diet Mediterranean dengan minyak zaitun dapat mengurangkan 40% risiko terkena diabetes tahap 2
Baca lebih lanjut: 5 MAKANAN ANTI-DIABETES!
6. Mampu Mengawal Kanser Payudara

Dalam kajian Arab Saudi, didapati bahawa 'oleuropein'
Sebatian semula jadi pada daun zaitun punyai potensi sebagai antikanser.
Pengambilan minyak zaitun dalam diet Mediterranean.
Kurangkan risiko kanser payudara sebanyak 62%.
7. Membantu Menguatkan Tulang

Dalam kajian libatkan lelaki yang amalkan diet Mediterranean.
Didapati minyak zaitun mungkin menyumbang kepada tulang yang kuat.
Darah mereka didapati mengandungi tahap 'osteocalcin' lebih tinggi.
Yang merupakan petanda bagi pembentukan tulang yang sihat.
Kandungan polyphenols di dalam minyak zaitun berikan kelebihan terhadap tulang.
Ia boleh mengurangkan 51% risiko tulang rapuh.
8. Kuatkan Sistem Imun

Kandungan Vitamin A, C dan E dalam minyak zaitun.
Mampu neutralkan proses metabolik.
Sekaligus galakkan peningkatan imuniti dalam badan.
Caranya?
Ambil sesudu madu, setengah sudu Minyak Zaitun.
Campurkan dalam segelas air suam. Minum setiap malam.
Baca lanjut: 5 CARA TINGKATKAN IMUN SISTEM
9. Membantu Perkembangan Bayi

Minyak zaitun sangat tinggi kandungan vitamin A.
Yang mampu memperkuat sistem imunisasi badan ibu hamil.
Dalam tempoh kehamilan.
Dengan amalkan makanan tinggi itamin A seperti minyak zaitun.
Dapat menjaga dan melindungi ibu hamil dan bayi dalam kandungan.
Daripada jangkitan dan penyakit.
Selain itu, dapat kurangkan risiko keletihan, loya dan muntah-muntah.
Vitamin A juga bantu perkembangan janin dalam kandungan.
Terutama bahagian mata, selain berupaya cegah kecacatan.
Ini pula 5 Cara Tambahkan Sel Otak Pada Bayi
10. Masker Wajah

Minyak Zaitun boleh digunakan sebagai masker.
Namun ianya tak sesuai digunakan untuk kulit berminyak dan berjerawat.
Caranya?
Sapukan sedikit minyak zaitun extra virgin pada kulit muka.
Atau campurkan 1 sudu minyak zaitun dan 1 sudu kecil madu.
Sapukan pada wajah dan biarkan selama 10-15 minit.
Bilas dengan air suam dan keringkan kulit muka.
Dengan menepuk-nepuk guna tuala muka yang bersih.
11. Membantu Awet Muda

Dalam minyak zaitunada bahan antioksidan.
Yang dapat bantu proses awet muda.
Serta mencegah kerosakan akibat sinaran ultraviolet (UV).
Penggunaan minyak zaitun juga dapat lindungi kira-kira 20 % daripada sinaran UV.
Minyak zaitun juga mengandungi banyak vitamin; vitamin A, D, K dan E.
Yang diperlukan kulit selain kurangi stres oksidatif.
Punca mempercepat proses penuaan pada kulit.
Caranya?
Amalkan minum sesudu besar Minyak Zaitun setiap pagi.
Nak tahu makanan apa lagi bantu awet muda?
Baca disini: 5 Makanan Kekal Awet Muda & 11 Petua Awet Muda Semulajadi
12. Melembapkan Kulit Kering

Minyak Zaitun Extra Virgin kaya dengan asid lemak dan sterol tumbuhan.
Sangat sesuai dijadikan’pembersih wajah’.
Kerana mengandungi squalene yang melembapkan kulit wajah kering.
Selain mengurangi risiko kehilangan air pada kulit.
Minyak zaitun juga bantu tingkatkan kandungan air dalam kulit.
Lalu kulit lebih sihat dan wajah kelihatan lebih segar.
Ia juga bantu melembapkan bibir kering kusam.
Caranya?
Parut halia dan campurkan dengan Minyak Zaitun.
Sapu pada kulit yang menggelupas.
13. Merawat Luka

Minyak zaitun sangat bermanfaat untuk bantu penyembuhan kulit.
Setelah mengalami luka akibat terbakar ringan.
Ambil satu ulas bawang merah yang elok dan campurkan dengan Minyak Zaitun.
Sapu pada luka setiap hari.
14. Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi

Minyak zaitun mampu menurunkan darah tinggi (hipertensi).
Kandungan nitrit oksida dalam minyak zaitun.
Membuat pembuluh darah menjadi lebih luas dan bersih.
Amalkan minum sesudu besar Minyak Zaitun pagi dan malam.
15. Merawat Buasir

- mengurangkan keradangan dalam dubur
- meningkatkan ketahanan tisu kepada mikrob patogen
- melembutkan kulit dubur dan meningkatkan keanjalannya
- mengelakkan rekahan pada dubur
Minyak ini sangat bagus untuk orang yang ada buasir.
Cara: Minum satu sudu minyak zaitun setiap pagi semasa perut kosong.
Boleh campur madu atau lemon sebagai perasa tambahan semulajadi.
16. Neutralkan Insulin Dalam Badan

Bermula tahun 2000, banyak kajian telah dijalankan ke atas minyak zaitun.
Antara penemuan yang sangat menarik ialah:
Kandungan bahan antioksida yang tinggi di dalam minyak zaitun.
Seperti hydroxytyrosol yang hanya ada pada minyak zaitun dan tyrosol.
Tyrosol berupaya lindungi sel Beta pankreas dari tidak berfungsi.
Yang seterusnya kurangkan rintangan insulin (Lee at al. 2015).
Justeru glukosa dapat diserap sel dan tisu badan dan kurangkan kandungan gula dalam darah.
17. Membersihkan Hati

Hati merupakan organ paling penting dalam tubuh badan manusia.
Kerana ia bersihkan segala bendasing sistem dalaman manusia.
Jadi apa yang boleh bersihkan hati kita?
Jika ia sibuk beroperasi menyedut hampas dalam sistem dalaman?
Jawapannya adalah minyak zaitun!
Ya, dengan minyak zaitun.
Boleh detokskan hati dengan selamat dan berkesan.
Caranya: Ambil 1 sudu minyak zaitun dan 1/3 jus lemon.
Campurkan di dalam gelas dan minum.
Amalkan 2 kali seminggu atau setiap hari.
18. Menyembuhkan Kolon

Minyak zaitun juga berupaya melindungi sel daripada risiko penyakit kanser.
Ia juga mampu tingkatkan keupayaan kolon.
Dan memberi kelegaan daripada di serang rasa sakit sembelit.
Jadi jika ingin melindungi kolon atau usus.
Maka minyak ziatun adalah ubat terbaik untuk digunakan.
19. Anti-Keradangan

Bukti dan hasil kajian menunjukkan.
Kandungan asid lemak omega-3 yang bersifat anti-keradangan dalam minyak zaitun.
Bantu mengatasi keradangan yang merosakkan kulit.
Dengan itu minyak zaitun boleh digunakan sebagai minyak untuk urutan muka dan sebagai sabun semulajadi.
Minyak zaitun juga bantu elakkan bintik-bintik penuaan.
Kedutan, garis halus, dan kemerahan pada wajah.
Kerana ia berfungsi sebagai ‘booster’ atau ‘sun-block’ alami.
20. Mengurangkan Jerawat

Minyak zaitun mengandungi manfaat sebagai ubat jerawat.
Lantaran kandungannya yang terdiri daripada vitamin, anti racun dan infeksi, serta anti inflamasi.
Paling penting, ia mengandungi anti bakteria.
Minyak zaitun sangat membantu untuk hilangkan jerawat.
Lembapkan dan menghidrat kulit selain membunuh bakteria penggalak jerawat.
Bukan itu sahaja, minyak zaitun juga dikatakan bantu mengubati dan perbaiki parut luka, parut jerawat dan jeragat.
Nak tahu bagaimana mahu hilangkan jerawat?
Baca disini: KENAPA ADA JERAWAT?
21. Bahan Pencerahan Kulit

Dalm proses pencerahan kulit.
Minyak zaitun tidak kurangkan melanin atau tingkatkan pengelupasan sel kulit.
Namun ia boleh bantu halang kerosakan dan pigmentasi dari cahaya matahari.
Minyak zaitun juga bantu kurangkan kemerahan dan kedutan kulit selain perbaiki tona kulit yang tidak sekata.
Baca lanjut: 5 TIPS KULIT CANTIK & AWET MUDA
22. Pencuci Mekap di Wajah

Minyak zaitun juga sangat sesuai digunakan sebagai pencuci mekap.
Atau makeup remover yang baik dan berkesan.
Dalam minyak zaitun terkandung ejen pembersih wajah.
Yang bolehkan air untuk bercampur dengan minyak dan kotoran dalam proses membersih.
Minyak zaitun juga sebagai ejen ‘pengemulsi’.Ia bolehkan bahan-bahan untuk dicampurkan dengan baik.
Penggunaan minyak zaitun sangat baik dalam memecah substansi bertekstur lilin dari produk kecantikan.
Seperti maskara dan eyeliner kalis air.
Minyak zaitun boleh digunakan untuk cuci dengan oleskan sedikit pada wajah dan menyapunya dengan lembut.
23. Merawat Kulit Berminyak

Minyak zaitun ada oleochantal yang mampu hilangkan ketidakselesaan pada kulit wajah.
Selain terbukti dapat kurangkan keadaan permukaan kulit yang berminyak, kering, gatal.
Minyak zaitun juga turut berfungsi kawal proses penghasilan minyak berlebihan pada kulit wajah.
24. Membuang Sel Kulit Mati

Minyak zaitun yang disapu di wajah mampu buang kulit kering di samping berikan kulit kelembapan.
Dikatakan dengan campurkan minyak zaitun dengan garam laut.
Dapat dijadikan sebagai skrub bagi buang sel kulit mati dan atasi kulit berminyak dan kering.
25. Memudarkan Lingkaran Hitam di Mata

Dengan minyak zaitun, dapat singkirkan lingkaran hitam di bawah mata.
Minyak zaitun memiliki khasiat polifenol, vitamin E, dan fitosterol.
Yang bantu cerahkan kulit selain dan hilangkan bintik hitam.
Selain itu, bantu beri nutrisi pada kulit lembut di sekitar mata dan pudarkan garis-garis halus.
26. Meningkatkan Keupayaan Seksual

Cukup dengan menjadi sedikit bahan penambah dalam makanan.
Minyak zaitun dapat bantu atasi kelemahan ini.
Hal ini kerana minyak zaitun berperanan penting dalam tingkatkan kadar testosterone.
Di samping jaga pembuluh darah, serta lancarkan sistem peredaran darah.
Baca lanjut: 3 PUNCA TESTOSTERONE MERUDUM & CARA PERBAIKINYA
27. Membantu Ketidaksuburan

Salah satu punca kepada masalah ketidaksuburan;
Jumlah sperma yang tidak cukup, dan tidak sihat, selain kekurangan nutrisi penting.
Namun Minyak zaitun dapat bantu tingkatkan kualiti dan kuantiti sperma.
Secara semula jadi dengan bantuan vitamin E.
Vitamin yang larut dalam lemak ini telah terbukti melindungi membran sel sperma dari kerosakan oksidatif.
Pada lelaki yang tidak subur (Arab Journal of Urology).
28. Menyihatkan Kulit, Rambut, Kuku

Minyak zaitun sangat bagus untuk kesihatan kulit, rambut, dan kuku.
Selain itu minyak zaitun mampu buatkan rambut lebih kuat.
Hingga ke akarnya kerana berkhasiat untuk lembapkan lapisan kulit kepala.
Juga buatkan kulit menjadi lembut serta dapat perbaiki keadaan kulit seperti sedia kala.
Begitu juga dengan kuku dan tulang.
Minyak zaitun bagus untuk pertumbuhan yang sihat.
29. Membantu Meningkatkan Kesihatan Mental

Statistik golongan lelaki dan perempuan mengalami masalah mental atau psikologi sangat tinggi dan kian meningkat.
Bukti kajian menunjukkan pengambilan Minyak Zaitun Extra Virgin (Extra Virgin Olive Oil) secara konsisten membantu mengurangkan masalah depresi.
Bahkan minyak zaitun juga sebagai makanan penting yang menolong meningkatkan kesihatan mental.
30. Mencegah Penyakit Alzheimer's

Penyakit Alzhaimer's terjadi kerana ada lapisan beta-amyloid yang tumbuh dalam otak.
Menurut Scientific American, oleocanthal dalam minyak zaitun dapat bantu cegah penyakit Alzheimer.
Persatuan Kimia Amerika juga turut menjumpai penemuan yang serupa.
Dalam kajian Amerika, minyak zaitun “extra virgin” didapati dapat tingkatkan pembelajaran dan memori pada tikus.
Menyokong kemungkinan replikasinya pada manusia yang menderita penyakit Alzheimer.
Baca lanjut: BAGAIMANA MAHU ELAK PENYAKIT NYANYUK
31. Melancarkan Sistem Usus

Minyak zaitun dapat melincirkan lapisan usus.
Kerana terdapat bahan aktif di dalamnya yang berfungsi sebagai ubat untuk rawat sembelit.
Ini buatkan makanan mudah melalui usus besar.
Masalah sembelit berlaku disebabkan sistem usus yang bergerak lambat.
Dengan itu vitamin K, vitamin E, omega 3, antioksidan, dan asid lemak (fatty acid).
Yang terkandung dalam minyak zaitun dapat rangsang penguncupan usus.
Apabila semakin besar penguncupannya, feses (sisa pencernaan dari zat-zat yang tidak lagi berguna bagi tubuh).
Yang tersumbat di bahagian usus akan lebih mudah ditolak ke dubur.
Dan dikeluarkan dari tubuh dengan mudah.
Baca lanjut: 20 MAKANAN UNTUK USUS SIHAT
5 Jenis Minyak Zaitun Yang Perlu Anda Tahu
.
.
.
1. Minyak Zaitun Extra Virgin (Extra Virgin Olive Oil)

Minyak Zaitun Extra Virgin ini adalah yang paling berkualiti tinggi dan terjamin daripada jenis minyak zaitun yang lain.
Disebabkan itu ia lebih mendapat perhatian dan permintaan di pasaran.
Minyak zaitun jenis ini juga dikenali sebagai minyak zaitun paling menyihatkan kerana tidak melibatkan penambahan bahan-bahan kimia yang menjejaskan kualitinya.
Minyak Zaitun Extra Virgin diperoleh dengan pengekstrakan mekanikal sejuk tanpa apa-apa pelarut atau kaedah penapisan yang menjejaskan rasa dan bau yang asli.
Ini bermakna minyak ini dibuat dengan teknik cold-press yang tidak mengubah sifat kimia dari buah zaitun atau minyak yang dihasilkan.
Disebabkan itu, Minyak Zaitun Extra Virgin lebih berkhasiat dan berfungsi sebagai pelindung dari penyakit barah, sakit jantung, diabetes, anti-radang dan lain-lain lagi.
Bahkan ia bahan terbaik untuk penjagaan kesihatan kulit dan rambut.
Selain itu, Minyak Zaitun Extra Virgin sesuai diminum begitu sahaja dan selamat untuk dijadikan rutin harian.
Ia boleh digunakan dalam masakan, tetapi tidak disarankan untuk deep fry yang boleh menjejaskan khasiat dan nutrisi minyak, sebaiknya sebagai dressing salad sahaja.
Ini pula khasiat minyak kelapa untuk tubuh. BACA DISINI
2. Minyak Zaitun Virgin (Virgin Olive Oil)

Virgin Olive Oil ini merupakan minyak yang prosesnya sama seperti Extra Virgin Olive Oil.
Minyak Zaitun Virgin ini tidak mengalami proses pemurnian (unrefined) dan pemanasan atau menggunakan bahan kimia.
Secara kualitinya, minyak zaitun jenis ini berada di bawah Extra Virgin Olive Oil.
Kualitinya adalah lebih rendah, dengan keasidan bebas sehingga 2.0%, manakala warnanya lebih ke arah kuning kehijauan dan rasanya juga lebih ringan.
Penggunaan jenis minyak ini pula terhad hanya untuk makanan dengan api yang kecil sahaja, dan tidak sesuai untuk penggunaan jenis masakan yang berhaba tinggi.
Minyak Zaitun Virgin ini juga lebih sesuai untuk perawatan kulit.
Ini pula khasiat minyak kelapa untuk tubuh. BACA DISINI
3. Minyak Zaitun Asli (Pure Olive Oil)

Kualitinya adalah lebih rendah sedikit daripada Minyak Zaitun Extra Virgin atau Virgin.
Harganya agak murah berbanding minyak zaitun yang lain.
Warna Pure Olive Oil ini adalah lebih cerah dan terang selain rasanya pula ringan dan neutral.
Kadar kandungan asid oleik pula antara 3-4% sahaja.
Minyak Zaitun Asli ini lebih sesuai digunakan dalam masakan, bahkan lebih bagus untuk memasak dalam suhu panas seperti 'deep fry'.
Ini pula khasiat minyak kelapa untuk tubuh. BACA DISINI
4. Minyak Zaitun Refined (Refined Olive Oil)

Minyak Zaitun Refined merupakan minyak yang diperoleh dari minyak zaitun dara dengan kaedah suling yang tidak mengubah struktur gliserida awal.
Jenis minyak ini diekstrak dari buah zaitun hitam dan matang. Namun ia memiliki kandungan minyak zaitun paling sedikit karena telah melalui proses penyulingan.
Kandungan asid oleiknya pula tidak lebih dari 0.3% menjadikan minyak jenis ini tidak terlalu kuat rasanya dan hampir tidak berwarna.
Minyak Zaitun Refined ini sering digunakan sebagai bahan untuk memanggang dan menggoreng dalam masakan.
Ini pula khasiat minyak kelapa untuk tubuh. BACA DISINI
5. Minyak Zaitun Pomace (Pomace Olive Oil)

Minyak Zaitun Pomace mendapat nama dari ‘pomace’ zaitun iaitu sisa kering yang terdiri daripada kulit buah zaitun, setelah minyak zaitun dara diperah dan diekstrak.
Dengan itu, minyak zaitun jenis ini kualitinya lebih rendah dan harganya lebih murah, namun komposisi lemaknya dengan minyak zaitun lain serta manfaat kesihatannya tetap sama.
Pomace Olive Oil mempunyai smoke point yang tinggi; bermaksud ia sesuai untuk masakan bersuhu tinggi yang tidak merosakkan kualiti minyak, termasuk rasa atau bau.
Sering juga digunakan sebagai bahan campuran dalam produk kosmetik, krim dan sebagainya.
Ini pula khasiat minyak kelapa untuk tubuh. BACA DISINI
6 Kandungan Minyak Zaitun Extra Virgin

1. TYROSOL BIOFENOL
Tyrosol mampu memberi perlindungan kepada sel untuk melawan kecederaan disebabkan oksidasi yang berlaku.
2. POLYPHENOL
Polifenal boleh bertindak sebagai antioksida. Ini bermaksud ia boleh meneutralkan semula radikal bebas yang merbahaya yang boleh merosakkan sel dan meningkatkan risiko seperti kanser, diabetis dan penyakit hati.
3. VITAMIN E
Lebih daripada 70% dewasa, remaja perempuan dan lelaki kekurangan Vitamin E dalam diet mereka. Vitamin E merupakan lemak-larut yang berfungsi sebagai antioksida.
Ia mampu mengurangkan risiko penyakit hati, kanser yang tertentu, masalah penglihatan dan masalah mental.
4. VITAMIN K
Vitamin K membantu menghasilkan pelbagai jenis protin yang diperlukan ketika pembekuan darah dan pembinaan tulang.
5. OMEGA-3
Badan manusia tidak boleh menghasilkan Omega-3.
Mendapatkan Omega-3 yang mencukupi semasa mengandung dan ketika awal tumbesaran adalah penting untuk perkembangan anak anda.
Ianya dikaitkan dengan kecerdasan yang lebih tinggi dan risiko yang lebih rendah untuk beberapa penyakit.
6. OMEGA-9
Asid oleik ialah asid lemak omega-9 yang paling biasa mungkin bertanggungjawab untuk kesan hipotensi (mengurangkan tekanan darah) minyak zaitun yang dianggap sebagai manfaat kesihatan.
8 Kriteria Pilih Minyak Zaitun Asli

Kebanyakan minyak zaitun yang berada di pasaran kebanyakannya tidak asli.
Mudah kata minyak-minyak tersebut sudah menjalani proses yang mengurangkan kualiti minyak ini dan juga minyak ini telah dicampurkan dengan minyak lain yang kurang berkualiti.
Selalunya minyak ini akan dijual pada harga mampu milik di pasaraya.
Kenyataan dari Olive Centre UC Davis:
“70% minyak zaitun extra-virgin dalam pasaran TIDAK ASLI dan GAGAL memenuhi kriteria umum yang telah ditetapkan.”
Kena pastikan tahap keasliannya diiktiraf dari Badan Kerajaan/ Antarabangsa ataupun tidak.
Minyak zaitun yang asli, buah zaitunnya dituai awal pada setiap musim sebelum diperah agar setiap perahan memberikan lebih banyak khasiat.
Untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai “Extra Virgin”, proses perahan mestilah dilakukan pada suhu bilik.
Proses perahan yang tidak melibatkan sebarang haba mengekalkan khasiat minyak zaitun ini.
Minyak zaitun extra-virgin berkualiti tinggi adalah makanan yang sangat sihat.
Ia diakui sebagai salah satu lemak tersihat di dunia.
Untuk mendapatkan manfaat dari minyak ini, kita perlu pastikan minyak yang digunakan ialah minyak zaitun extra-virgin yang 100% original.
Minyak zaitun extra-virgin yang asli mengandungi bahan antioksida antara yang paling terbaik iaitu Hydroxytyrosol dan Tyrosol.
Bahan antioksida ini hanya boleh didapati dari buah zaitun sahaja.
Hydroxytyrosol yang terkandung di dalamnya mempunyai tindakan radikal bebas yang mengagumkan dengan bertindak sebagai bahan anti-radang, anti-virus, dan anti-kanser.
Pada bulan Februari lepas (2019) 2000 tan minyak zaitun bernilai USD 14.5 juta dirampas oleh penguatkuasa Itali kerana meletakkan label yang salah (dilabelkan sebagai extra-virgin).
Penipuan ini banyak terbongkar di luar negara kerana mereka banyak menggunakan minyak zaitun. Sementara itu di Malaysia, tidak ada badan yang memantau sama ada minyak yang dijual adalah yang asli extra-virgin atau palsu.
Berikut merupakan 8 tips berharga di bawah ini untuk memudahkan anda membuat pilihan yang betul sebelum membeli minyak zaitun extra-virgin.
1. Ada laporan makmal tentang kandungan minyak tersebut?
Di zaman yang serba canggih ini banyak makanan boleh dipalsukan. Bau dan rasa dapat dimanipulasikan.
Baru-baru ini Viral tentang makanan tiruan (plastik) yang dijual di China mirip hampir sepenuhnya dengan makanan yang betul.
Untuk memastikan minyak yang dibeli sebenar-benar asli, dapatkan laporan makmal tentang minyak tersebut.
Hanya dengan ujian dalam makmal mampu menentukan keaslian minyak tersebut.
Pastikan laporan makmal yang dijalankan bertarikh sekurang-kurangnya 2 tahun dari tarikh terkini.
Ini bagi memastikan anda membeli minyak yang betul khasiatnya kerana laporan makmal yang lama menandakan data khasiat yang lama.
Selalunya data yang diperolehi akan berubah dari masa ke semasa kerana keadaan iklim dunia yang berubah sepanjang tahun.
Nota: Kebanyakan pengeluar yang menjual minyak zaitun extra-virgin yang palsu tidak akan sediakan laporan makmal.
2. Laporan Makmal

Sekiranya minyak zaitun extra-virgin itu memiliki laporan makmal dari luar negara yang diiktiraf, itu sesuatu yang sangat baik.
Tetapi perlu diingatkan bahawa kandungan minyak zaitun tersebut boleh berubah selepas dibawa masuk ke Malaysia.
Ini terjadi kerana minyak zaitun extra-virgin sensitif terhadap udara, cahaya dan haba.
Minyak zaitun extra-virgin yang berada dalam kontena di atas laut selama 1-2 bulan sebelum sampai ke Malaysia akan terdedah kepada suhu yang tersangat tinggi mencecah 70 degree.
Suhu yang tinggi ini mampu untuk mengurangkan khasiat minyak yang di import.
Disebabkan ini ramai pengedar di Malaysia hanya memaparkan hasil ujian makmal yang dibuat di luar negara sahaja untuk menjaga imej syarikat dan produk.
Tetapi perlu diingatkan bahawa minyak tersebut masih lagi extra-virgin cuma khasiatnya sahaja sedikit berkurangan berbanding sebelum di bawa ke Malaysia.
Alhamdulillah, minyak zaitun sihaté, ada ujian makmal yang dijalankan di Milas, Turki dan UKM Unipeq dan terbukti masih lagi minyak zaitun extra-virgin yang asli walaupun selepas di bawa masuk ke Malaysia.
3. Jenis Logistik
Perlunya untuk kita tahu jenis pengangkutan yang digunakan kerana seperti yang kita ketahui minyak ini sensitif kepada udara, cahaya dan haba.
Untuk mendapatkan minyak zaitun yang paling terbaik, pengangkutan yang kurang panas diperlukan.
Ada 2 jenis pengangkutan digunakan yang boleh digunakan untuk import minyak zaitun ini.
Pertama, melalui laluan udara.
Untuk makluman, tersangat jarang pengedar menggunakan laluan udara kerana kosnya yang tersangat mahal dan syarat yang ketat dikenakan.
Penggunaan botol kaca tidak dibenarkan sebaliknya perlu menggunakan bekas tin atau plastik untuk membawa minyak zaitun.
Caj yang dikenakan sekitar USD 1100 – USD 1500 bersamaan RM 4600 – RM 6300 untuk 150kg palet.
Berat 1 botol minyak zaitun 250ml ialah sekitar 500gram. Untuk bawa 300 botol minyak zaitun bersamaan 150kg memerlukan kos RM 4600 – RM 6300.
Jadinya kos penghantaran untuk 1 botol bersamaan RM 15 – RM 21.
Disebabkan caj kargo yang mahal ini, pengedar akan memilih untuk menggunakan laluan laut untuk import.
Kebanyakan pengedar akan menggunakan kontena biasa.
Penggunaan kontena biasa yang murah mendedahkan minyak zaitun kepada suhu yang tinggi mencecah 70 darjah selsius.
Hasilnya minyak zaitun yang tiba di Malaysia sudah kurang khasiatnya.
Oleh yang demikian, penggunaan kontena sejuk beku diperlukan sekiranya mahu hantar minyak zaitun melalui laluan laut.
Harganya dua kali ganda lebih mahal berbanding kontena biasa tetapi lebih murah jika dibandingkan penggunaan kargo udara.
Adakah syarikat minyak zaitun extra-virgin anda menggunakan kontena biasa untuk membawa masuk minyak zaitun atau kontena jenis sejuk beku?
4. Cara Penyimpanan dan Penjagaan

Jika anda beli di booth atau pasar malam, cuba tanya penjual minyak zaitun tersebut berapa lama minyak itu disimpan di dalam kereta.
Seperti yang diterangkan di atas minyak ini sensitif dengan haba. Suhu di dalam kereta yang ditinggalkan di bawah panas cahaya matahari boleh mencecah 50 darjah selsius.
Pastikan anda membeli dari penjual yang tidak mendedahkan minyak zaitun terus kepada cahaya matahari yang lama.
Minyak zaitun Extra-Virgin Sihaté disimpan di dalam bilik bersuhu bawah 27 darjah selsius di siang hari.
Untuk mengawal kualiti minyak ini, kami juga mengehadkan ambilan ejen supaya mudah untuk mengawal kualiti minyak ini kerana ejen yang terpilih telah mendapat pemahaman yang betul tentang penjagaan minyak ini sebelum menjual.
5. Penggunaan Botol
Kebanyakan syarikat yang sedar akan kepentingan untuk menghalang minyak zaitun extra-virgin dari terdedah kepada haba akan menggunakan botol gelap bagi melindungi minyak tersebut.
Konsepnya sama seperti penggunaan tinted gelap di kereta untuk memastikan cahaya yang dapat masuk ke dalam kereta tersebut dapat dikurangkan dan seterusnya suhu di dalam kereta tidak terlalu panas.
Minyak zaitun extra-virgin Sihaté menggunakan sepenuhnya botol gelap.
Perlu diingatkan bahawa penggunaan botol yang gelap tidak menjanjikan minyak tersebut extra-virgin yang asli.
6. Penggunaan Kotak
Syarikat yang sedar akan kepentingan untuk menghalang minyak zaitun extra-virgin dari terdedah kepada haba juga pasti akan menggunakan kotak untuk melindungi minyak tersebut.
Penggunaan kotak dapat memberi perlindungan tambahan kepada minyak zaitun extra-virgin tersebut dari terkena cahaya matahari atau haba.
Untuk Minyak Zaitun Extra Virgin Sihaté, kami menggunakan kotak yang lebih tebal berbanding jenama lain.
Ketebalan kotak kami seperti kotak pizza untuk melindungi minyak zaitun ini dari terkena cahaya matahari dan kurang risiko untuk pecah sekiranya kotak terjatuh kerana botol minyak kami diletakkan penyokong yang menyokong minyak tersebut.
7. Tarikh Tuaian

Pastikan anda memilih minyak zaitun extra-virgin yang memaparkan tarikh tuaian (harvest/production date).
Kebanyakan minyak zaitun yang ada di pasaran tidak akan memaparkan tarikh tuaian kerana sudah lama buah zaitun tersebut di proses.
Untuk menjadikan minyak zaitun itu extra-virgin, minyak perlu diperah dalam tempoh 8 jam selepas dipetik.
Buah yang diperah selepas tempoh 8 jam tidak lagi menjadi extra-virgin sebaliknya hanya minyak zaitun biasa.
Semakin lama minyak itu disimpan, semakin kurang khasiatnya.
Sekiranya botol minyak itu telah dibuka, perlu dihabiskan dalam tempoh 2 bulan selepas dibuka.
Justeru, pilihlah botol yang memiliki tarikh tuaian yang lebih jauh dari tarikh lebih baik (best by date) iaitu 2 tahun selepas itu.
8. Mendapat Pengiktirafan

Minyak zaitun extra-virgin yang bagus sudah semestinya akan mendapat pengiktirafan daripada mana-mana organisasi yang diiktiraf contohnya USDA Organic.
USDA Organic ialah organisasi yang mengawal selia dan mengesahkan hasil keluaran pertanian tersebut adalah secara organik. Tiada bahan kimia yang digunakan.
Kambing diternak dalam ladang pokok zaitun Sihaté bagi membekalkan baja secara organik yang dihasilkan dari najis kambing tersebut.
Kenapa Minyak Zaitun Extra Virgin Sihaté

1. Premium Dari Turki
Minyak ini diimport dari Turki, datang dari pokok yang berusia lebih dari 300 tahun dan ladang seluas 5000 ekar.
2. Tuaian Awal
Buah zaitun yang digunakan dituai di pada awal musim membuatkan khasiatnya lebih tinggi berbanding biasa.
3. Perahan Sejuk
Minyak ini tidak ditapis dan menggunakan teknik perahan sejuk supaya kualiti yang terhasil berada pada tahap maksima.
4. Diiktiraf USDA Organik
Ladang dan proses penghasilan minyak disahkan organik oleh Ecocert melalui pensijilan USDA Organik yang dikeluarkan oleh Ecocert.
5. Dua Kali Ujian Makmal
Ujian makmal dilakukan dua kali iaitu di Turki dan UNIPEQ atau SGS di Malaysia bagi memastikan minyak yang dibekalkan diyakini asli.
6. Diimport Kontena Sejuk
Diimport menggunakan kontena sejuk beku supaya minyak terlindung daripada terdedah kepada suhu panas yang melampau ketika kontena berada di atas laut berbulan-bulan lamanya.
7. Penggunaan Botol Gelap
Disebabkan minyak ini terlalu sensitif terhadap udara, haba dan cahaya, penggunaan botol gelap mampu memberi perlindungan tambahan supaya minyak ini kekal berkualiti.
8. Menang Pingat Emas
Menang Pingat Emas EVO International Olive Oil Contest (IOOC) 2021. Kemenangan ini membuktikan minyak ini menjadi pilihan pengguna dari segi rasa dan kualiti minyak yang dihasilkan.
9. Diiktiraf Halal Jakim
Minyak zaitun ini telah mendapat pengiktirafan Halal yang diiktiraf oleh Jakim melalui badan berautoriti di Turki iaitu Kascert.
Berminat nak dapatkan?
Klik: MINYAK ZAITUN ASLI TURKEY