20 Makanan Tinggi Prebiotik

Apabila sistem imun merudum, tubuh menjadi rumah sewa kepada penyakit.

Malangnya mereka duduk secara percuma. Kita yang derita.

Untuk bantu bangkitkan kuasa kita sebagai tuan rumah.

Kita boleh tapis penyewa tidak berbayar ini dengan kuatkan sistem imun.

Beri tubuh kita prebiotik.

Otak kedua iaitu usus sangat menantikan kehadiran mereka.

Seolah olah merekalah penyewa terbaik.

Rumah dibaiki. Sewa rumah dinaikkan sendiri.

20 Makanan Tinggi Prebiotik:

1- Asparagus

Ramai tak tahu asparagus ni boleh bantu tingkatkan antibodi.

Body jadi kuat untuk lawan jangkitan.

Sebab ada vitamin E. Fungsi lindungi sel daripada radikal bebas.

Tak nak bagi sel berkarat.

Ada amino acid asparagine.

Baik untuk elak kena jangkitan pada salur air kencing.

Asparagus ada fiber prebiotik.

Kurangkan kembung perut. Kurang berangin jadinya perut.

Dikenali dengan anti oksida yang tinggi.

Terutamanya berkaitan dengan radang disebabkan meningkatnya berat badan.

Tak perlu pening tentang makanan.

Ambil makanan yang beri daya kurus yang tinggi.

Ia semulajadi. Mudah hadam.

2- Pisang

Andai mahu kelihatan seperti usia sebenar. Bukan tua sebelum usia, makanlah pisang.

Ada apa lagi pada pisang?

Rahsia kehebatan buah pisang juga ada disebut di dalam Al-Quran.

Disebut sebagai makanan di syurga.

Ada lambakan vitamin C, vitamin A, folat, fiber dan potassium.

Pisang kaya magnesium. Vitamin B6 dengan vitamin C.

Bantu kawal gula dalam darah. Kuatkan tulang.

Kuatkan sistem saraf. Bantu hasilkan sel darah putih.

Potassium dari pisang juga adalah electrolytes.

Mineral yang punyai caj elektrik.

Electrolytes bantu tingkatkan tenaga. Bantu elak ketegangan otot.

Pisang ada UV Protection sendiri. Namanya carotenoids.

Kulit lebih terpelihara. Walau berlari di bawah panas mentari.

Kajian 2018 dalam jurnal saintifik Trends in Food Science and Technology.

3- Flaxseeds

Pertanyaan popular. Cara nak kurus sepantas kilat.

Caranya mudah. Nak kurus cepat wajib tingkatkan metabolisme badan.

Langkah satu. Bina jisim otot. Bersenam.

Seimbangkan senaman kardio dan weight training. Makan protein-based food.

Bila jisim otot meningkat. Metabolisma meningkat.

Ketika badan dalam mod rehat pun badan tetap akan bakar lemak.

Body maintain. Berat terkawal. Tak gemuk sangat. Tak kurus sangat.

Prebiotik untuk usus sihat. Membuang dengan lancar.

Flaxseeds bantu kempiskan perut.

Bukan setakat prebiotik. Ada omega 3.

Bagus untuk perkembangan otak. Memori power.

Flaxseeds rendah karbo. Bantu turunkan kolesterol tinggi.

Ada antioksidan bernama lignan.

Bagus untuk pertumbuhan rambut yang sihat dan tak mudah gugur.

Untuk kulit sentiasa moist dan hydrated.

4- Bawang putih

Bawang putih ambil 4 ulas sahaja. Boleh ambil dalam bentuk kapsul 1000mg sehari.

Bagus untuk rendahkan kolesterol.

Bawang putih juga tingkatkan takat anti oksida dalam tubuh.

Dan bunuh bakteria bakteria bahaya.

Yang sering selesema kena makan ni.

Selesem tanda sistem imun jatuh sakit.

Biasanya datang dengan pakej lengkap. Sakit tekak, hidung tersumbat, dan demam.

Geng virus datang bertandang.

Penyebab keradangan pada dinding membran di antara hidung dan tekak.

Ada juga sebab alergi.

Juga tanda munculnya geng bakteria jahat dalam usus.

Sebab utama iaitu diet salah.

Bawang putih ada allicin. Bertindak sebagai antibiotik.

Turunkan kadar trigliserida atau lemak darah.

Baiki kesihatan jantung. Elak arteri tersumbat.

5- Daun bawang

Kalau pekena sup kaki ayam dengan kurma merah.

BACA 1001 KHASIAT KAKI AYAM

Tambah pula dengan daun sup dan daun bawang.

Merecik bak hang!

Kaya vitamin A, B2, C.

Thiamin. Sulfur. Fosforus. Magnesium. Potassium.

Daun bawang tinggi fiber. Bantu penghadaman agar membuang pun lancar.

Vitamin A dan C dalam daun bawang bantu kuatkan sistem imun.

Agar tak mudah kena jangkitan.

Sulfur dalam daun bawang juga bantu kawal gula dalam darah.

Sebab ia bantu badan hasilkan insulin secara normal.

Justeru elakkan diabetes.

Petua kalau demam. Boleh cuba sup letak daun bawang.

Bagus untuk elak mukus berkumpul pada rongga hidung. Baru lega.

Paling ramai tak tahu.

Daun bawang ada allyl sulphide.

Bantu lawan radikal bebas.

Cegah pertumbuhan enzim yang bentuk sel kanser.

6- Barli

Saya sendiri jadikan barli sebagai pengganti nasi.

Barli ni tinggi fiber. Kalau makan rasa kenyang lama.

Makan barli rendahkan risiko serangan jantung sebanyak 29%.

Barli ada selenium, niacin, copper, tryptophan dan manganese.

Manganese dalam barli bantu keluarkan mood happy dan bertenaga.

Manganese juga tenteramkan system saraf.

Kalau mudah rasa dada berdebar tu, rajin rajin makan barli.

Niacin atau Vitamin B1 penting untuk otak. Bantu hubungan antara sel otak.

Niacin juga baik untuk bantu belajar.

Satu bab yang menarik pasal barli ialah turunkan berat badan.

Puncanya dari amino acid yang ada dalam barli.

Tambah pula dengan tinggi fiber.

Kalau takut kena kencing manis, barli juga beri alternatif yang baik.

Barli stabilkan gula dalam darah.

Halang insulin dari dikeluarkan secara banyak.

Barli kaya dengan fosforus. Bantu pertumbuhan sel.

Fosforus juga bantu pembentukan tulang dan gigi.

Bantu anak membesar dengan lebih baik.

BACA 24 SEBAB KENA AMAL MAKAN BARLI

7- Oats

Tinggi fiber dan zat besi berbanding bijirin penuh lain.

Bantu perlahankan pencernaan karbohidrat.

Bantu kurangkan kolesterol jahat.

Untuk elak gula dalam darah naik mendadak menyebabkan hypertension.

Oats juga bantu perkembangan otak untuk anak yang menghidap autisme dan ADHD.

Kalau nak beli regular oats di pasar raya.

Kena tengok dulu jumlah added sugar atau fat.

Oats bertindak sebagai pembekal tenaga.

Bantu penurunan berat badan bagi yang sedang berdiet.

Dalam oats ada beta glucan.

Bahan power untk kulit awet muda dan berseri.

Oats juga punyai protein lebih tinggi berbanding bijirin lain.

Bantu kurangkan risiko diabetes type-2.

8- Epal

Epal bertindak sebagai pemanis semulajadi.

Chromium yang ada dalam epal bagi kita rasa kenyang.

Jadi tak rasa lah nak berkudap sana berkudap sini.

Epal juga bantu halang diabetes.

Lindungi jantung dan turunkan kolesterol.

Risiko strok juga dapat dijauhkan sebanyak 53%.

Kajian oleh The American Journal of Clinical Nutrition tahun 2020.

Epal cukup tersohor sebagai immune booster sebab kaya vitamin C.

Ini laporan jurnal Nutrients tahun 2017.

Kulit epal ini wajib makan. Ramai saya tengok suka buang kulit.

Sebab ada wax. Untuk tahan lama.

Wax ni boleh guna garam untuk buang. Atau buat campuran macam gambar di bawah.

Kulit epal ada quercetin.

Bahan penting untuk tingkatkan kuasa memori otak.

Epal ni bantu cerahkan kulit secara semula jadi.

Takyah tempek produk sana sini.

Sekali nampak putih berkapur. Tak semula jadi dah.

Selain epal, ada lagi 11 buah untuk putih natural.

Klik https://neuroversiti.com/11-makanan-untuk-putih-semula-jadi/

9- Cocoa

Cocoa dalam dark chocolate ni ada polyphenols.

Menjadikannya makanan prebiotik untuk usus.

Ada flavonoids. Procyanidins. Catechin dan epicatechin.

Bagus untuk kesihatan otot jantung, kerana kandungan flavonoid dan antioksidan tinggi.

Ada theobromine.

Bagus untuk meningkatkan kepantasan berfikir. Menambah tenaga otak.

Ada anandamide.

Beri keseronokan dengan mengekalkan otak yang aktif.

Ada flavanol.

Bantu beri rangsangan kepada endotherium.

Lapisan arteri untuk hasilkan nitrik oksida.

Fungsinya hantar signal kepada arteri untuk bekerja dengan relaks.

Lapisan pembuluh darah dilenturkan.

Cocoa ni juga padu untuk OTAK.

Rangsang fungsi memori dan kognitif.

Itulah sebabnya base untuk minuman OCOC gunakan dark chocolate.

Diikuti bahan sihat kualiti premium termasuk susu kambing.

Gingko biloba. Santan dan gula kelapa.

BACA 9 SEBAB KENAPA DARK CHOCOLATE PILIHAN TERBAIK

10- Rumpai laut

Seaweed ni rakyat Asia seperti Korea, China dan Taiwan suka makan.

Sebab itulah ramai di antara mereka yang slim melim. Umur pun panjang. Betul tak?

Pecah dah rahsia mereka semua. Rahsianya terletak pada makan seaweed.

Rumpai laut bersifat anti-infamasi dan anti-aging.

Ada phlorotannins. Dan phenols.

Untuk lawan oxidative stress dan radang.

Seaweed juga kaya Omega 3, Vitamin C dan iodine.

Vitamin C ni bantu kulit jadi cantik. Especially bahagian kulit muka.

Kajian pula sebut mereka yang ambil rumpai laut mampu hilangkan kesan jerawat.

Mampu hilangkan kesan bintik merah.

Cantik jer nampak kulit. Nampak bersih.

Satu lagi ialah pasal retinoid natural yang ada dalam seaweed.

Hilang habis garis garis kat muka. Fine lines yang menempek.

Mungkin kita tak tahu Omega 3 dalam rumpai laut ni sama macam ada dalam salmon.

Harga salmon boleh sebabkan nipis poket duit.

Harga rumpai laut masih mampu kekalkan ketebalan poket duit.

Apa yang menarik pasal Omega 3 ni ialah dia mampu turunkan tekanan darah.

Jauhkan dari serangan strok. Bagus sangat untuk kesihatan jantung.

Yang paling suka ialah dia ni mampu keluarkan dopamin.

Bagus sangat untuk mereka yang mood tak stabil.

Rumpai laut juga bantu weight loss.

BACA RUMPAI LAUT TIADA KOLAGEN TAPI BOLEH CANTIKKAN KULIT?

11- Kubis ungu

Kubis ungu ada fiber mudah larut. Bagus untuk pencernaan usus.

Ada carotenoids dan anthocyanins.

Ada vitamin C dan E. Semua antioksidan power.

Banyak kajian dikaitkan dengan dua ni untuk kurangkan risiko penyakit berpunca daripada obesiti.

Contohnya diabetes jenis 2.

Anthocyanins juga kurangkan risiko serangan jantung mengejut.

Dalam kubis ungu ada sulforaphane.

Bahan yang banyak dikaitkan dengan ciri anti-inflamasi.

Sulforaphane dan anthocyanins ni berciri anti-kanser.

Tugasnya halang kerosakan sel akibat radikal bebas.

Dan halang pembentukan sel berbahaya seperti kanser.

Termasuk kanser kolorektal (usus besar).

Dalam kubis ungu juga ada isothiocyanates.

Galakkan bakteria baik dalam usus untuk hasilkan short-chain fatty acids (SCFAs).

SCFAs ni bantu redakan keradangan. Bantu weight loss.

SCFAs ni lebih tinggi kandungannya dalam kubis ungu berbanding lettuce dan cauliflower.

BACA 10 KHASIAT KUBIS UNGU SELAIN TURUNKAN BERAT

12- Cendawan

Cendawan ada banyak jenis. Macam macam bentuk dan warna.

Ada visualnya menggoda namun bahaya menanti jika makan. Ada racun toksid.

Jadi, kalau masuk hutan nak cari cendawan.

Jangan dok main kutip ikut suka mata memandang.

Beli jer dekat pasar raya. Harganya mampu milik macam cendawan enoki. Cendawan butang.

Cendawan punyai karbohidrat seperti,

Chitin, hemicellulose, β and α-glucans, galactans, mannans dan xylans.

Semua ni beri cendawan ciri prebiotik ideal.

Cendawan turut dikenali dengan sifat anti-alergi. Anti-tumor. Turunkan paras kolesterol.

Bantu sistem imun lawan penyakit tumor. Pneumonia. Atherosclerosis.

Kajian dibuat ke atas cendawan butang putih.

Satu lagi kajian ke atas cendawan portobello di mana,

Memakannya mampu tingkatkan mikrobiata usus.

Tingkatkan jumlah bakteria yang hasilkan lactic asid dan tingkatkan usus secara menyeluruh.

13- Pic

Pic kaya dengan potassium menjadikannya.

Sebagai tonik untuk usus yang mengalami inflamasi.

Padat dengan vitamin A, C dan E.

Bantu penghasilan sel kulit baru membuatkannya kulit sentiasa tampak awet muda.

Ada beta carotene. Bantu lindungi kulit daripada pancaran matahari.

Buah dengan kandungan air tinggi iaitu 85 peratus.

Lutein dan zeaxanthin dalam pic bantu lindungi mata daripada katarak dan degenerasi makular.

Penyakit paling biasa kena.

Pic ada polyphenols.

Kajian dapati ia mampu halang pertumbuhan sel tumor daripada membesar.

Dan merebak terutamanya kanser payudara.

Pic juga bersifat anti-obesiti. Bantu weight loss.

Antioksidan dalam pic juga bantu cegah oxidative stress.

Untuk kesihatan OTAK daripada terkena penyakit seperti Alzheimer’s.

BACA 12 KHASIAT DI SEBALIK DONUT PEACH VIRAL!

14- Limau gedang

Grapefruit adalah buah ideal bagi mereka yang inginkan prebiotik.

Kaya vitamin A dan C untuk sistem imun dan kulit cantik.

Punyai fiber yang tinggi menjadikannya bagus untuk sistem usus.

Lawaskan pembuangan. Elak sembelit dan perut bergas.

Kajian dapati memakan grapefruit secara berkala boleh turunkan kadar kolesterol sebanyak 15%.

Grapefruit ada polyphenols seperti naringin.

Bantu hasilkan short-chain fatty acids. Sekat pertumbuhan bakteria jahat.

Banyak terkandung dalam kulit dan isi. Penyebab rasa pahit.

15- Kacang kuda

Segenggam kacang kuda ada:

  • Folate – 12% dari keperluan harian
  • Fiber – 2g
  • Protein – 3g
  • Zat besi – 4% dari keperluan harian
  • Fosforus – 5% dari keperluan harian
  • Copper – 5 % dari keperluan harian
  • Manganese – 14% dari keperluan harian

Kalau nak turunkan berat badan boleh cuba kacang kuda ni.

Kacang kuda bagi rasa kenyang. Bagi hormon kenyang leptin keluar.

Dia benamkan hormon lapar.

Kajian dari George Mason University dapati kesan yang hebat kalau ambil kacang kuda ni.

Dalam kajian peserta,

  • Tidak berisiko untuk obes
  • BMI turun
  • Ukur lilit pinggang juga jadi kecil

Untuk yang ada diabetes,

Chickpeas ni stabilkan gula dalam darah.

Ada kajian menarik di American Journal of Clinical Nutrition pasal diabetes ni.

Kajian ini dapati mereka yang ambil 200g chickpeas turun gula dalam darah sebanyak 21%.

Paling win sekali ialah makan chickpeas bantu keluarkan butyrate dan saponins.

Butyrate turunkan inflamasi pada sel colon.

Rendahkan risiko dari terkena colon cancer.

Saponins pula hebat dalam halang pertumbuhan tumor.

16- Apple Custard

Apple custard ni adalah makanan prebiotik.

Sama dengan saudaranya iaitu durian Belanda. Bantu hasilkan bakteria baik dalam usus.

Tingkatkan penyerapan nutrien seperti kalsium.

Tingkatkan gula dalam darah dan pelepasan insulin.

Lindungi usus daripada jangkitan disebabkan bakteria jahat

Nona juga ada jumlah folate (asid folik) yang tinggi.

Wanita yang cuba hamil disyorkan untuk masukkan folat dalam diet harian.

Bantu cegah kecacatan tiub saraf.

Sesuai untuk ibu menyusu (banyakkan penghasilan susu).

Nona bantu halang homocysteine dalam darah.

Jumlah magnesium yang tinggi bantu uraikan dan lembutkan otot jantung.

Elak pengumpulan asid amino tinggi dalam darah.

Yang akibatkan strok dan penyakit jantung koronari.

17- Susu Kambing

Ramai orang tak tahu pasal khasiat power susu kambing.

Yang ramai tahu. Sedap pekena kambing bakar. Tunggu Raya Haji ni.

Susu kambing lebih berkrim dan lebih pekat.

Berbanding susu lembu atau susu berasaskan tumbuhan.

Susu kambing ada protein lebih tinggi berbanding susu lembu.

Lebih rendah karbohidrat.

Dan lebih tinggi kalsium berbanding susu lembu.

Laktosa juga lebih rendah dalam susu kambing.

Yang ada masalah lactose intolerance lebih rendah risiko untuk alaminya.

Tahu tak apa khasiat unik susu kambing yang mengalahkan susu lembu?

Ada tinggi karbohirat prebiotik untuk bakteria baik usus.

Karbohidrat ni dipanggil ‘oligosaccharide.’

Ni karbohidrat sama yang terkandung dalam susu ibu.

Anak kecil pun boleh minum. Untuk pertumbuhan.

Lagi unik, susu kambing ada medium-chain triglycerides (MCTs) lebih tinggi.

Percepat pemecahan lemak. Bantu turunkan berat berlebihan.

Ada orang tak boleh minum susu lembu. Sebab kadangkala ganggu sistem usus.

Tapi susu kambing ni bantu penyerapan nutrien penting dalam badan.

Susu kambing bantu rawat kulit bermasalah.

Ada sekurangnya 10 jenis fatty acids bantu baiki benteng kulit.

Ada asid lactic. Kalau dekat produk cuci muka dia singkatkan jadi AHA.

Ni adalah hero utama untuk moisture. Bagi kulit cukup air.

Selain prebiotik. Ada juga probiotik.

Bantu rangsang pertumbuhan sel kulit baru.

Ada vitamin A sebagai ‘exfoliator semulajadi.’

Akibatnya. Dapat kulit bayi. Halus mulus lembut.

Untuk OTAK pula.

Susu kambing ni ada taurine. Sialic acid untuk tingkatkan memori.

Bantu elak masalah memori.

Tahu ke tak tahu? Bila lagi nak cuba?

BACA 17 KHASIAT SUSU KAMBING BERBANDING SUSU LEMBU

18- Kekacang

Contoh kekacang tinggi prebiotik seperti almonds dan pistachios.

Juga ada ‘tryptophan’ yang tinggi.

Iaitu hormon yang tugasnya rembeskan neurohormon serotonin.

Neurohormon motivasi, pembakar semangat dan relaks.

Serotonin tergolong dalam hormon bahagia D.O.S.E:

  • Dopamin
  • Oxytocin
  • Serotonin
  • Endorphin

Kajian dalam Journal of Amino Acids pada tahun 2016;

Tryptophan iaitu asid amino penting.

Untuk keseimbangan nitrogen pada orang dewasa dan pertumbuhan pada bayi.

Juga digunakan untuk hasilkan niasin (vitamin B3).

Yang penting untuk hasilkan serotonin.

Sebab itu penting untuk ibu yang baru melahirkan memberi susu ibu kerana ia tinggi tryptophan.

Bantu pembentukan sel otak bayi. Dan membentuk emosi bayi.

Walnut, almond, pistachio, gajus dan kacang Brazil punyai pelbagai nutrisi seperti magnesium serta tinggi tryptophan.

Tryptophan penting untuk kekalkan tahap protein pada kadar mencukupi.

Jadi tenang, bertenaga dan bersemangat dan tak mudah terkena mood swing.

Dapatkan Madu Uzbekistan OCOC. 100% ASLI! Klik SAYA NAK!

19- Lobak putih

Nama panggilan lain adalah daikon.

Daikon ni rendah kalori. Padat dengan vitamin C serta folate.

Untuk pertumbuhan sel dan penghasilan darah merah.

Perasan tak masa proses buat kimchi?

Daikon ni dimasukkan sekali bagi proses penapaian.

Ada ciri anti-bacterial, anti-inflamasi anti-viral and bersifat diuretik.

Daikon juga ada protease dan amylase.

Enzim bantu cerna protein dan karbohidrat.

Ada anthocyanins iaitu anti-karsinogenik.

Kaya sulforaphane di mana kajian banyak kaitkan dengan melawan kanser.

Kulit daikon ni ada myrosinase.

Rendahkan risiko kanser.

Glucosinolates dalam daikon bantu badan detoks.

Buang toksin terkumpul.

20- Keledek

Keledek masuk kategori superfood. Bagus untuk otak. Cantikkan kulit.

Keledek oren dan ungu terutamanya tinggi antioksidan.

Kandungan B6 dalam keledek adalah dambaan otak.

B6 akan pacu kelajuan otak.

B6 juga akan berperang dengan hormon stres – homocystein.

Dalam keledek juga ada banyak vitamin.

Ia akan bantu kolagen. Kulit jadi anjal susah berkedut.

Makan keledek dapat bantu tidur nyenyak.

Kandungan magnesium dalam keledek adalah kuncinya.

Iron dalam keledek pula kuatkan sistem imun.

Mesra usus. Galakkan pertumbuhan bakteria baik.

Termasuk spesis Bifidobacterium dan Lactobacillus.

Dua probiotik juga bantu lawan jangkitan.

Kita boleh ucapkan selamat tinggal pada selesema dan batuk.

Ucapkan sayonara pada demam.

Lebih menarik ialah kajian oleh Harvard University. Kajian libatkan 124,000 orang.

Mereka yang makan keledek dapat kurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 32%.

Kuncinya pada anthocyanin yang ada pada keledek.

Serta beta-carotene untuk penglihatan.

Beta-carotene ditukarkan kepada vitamin A.

Dan digunakan untuk membentuk reseptor pengesan cahaya dalam mata.

Anda Juga Mungkin Berminat

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Anemia Mampu Jejas Perkembangan Otak Anak?

Scroll to Top