7 Manfaat Makan Mangga Terutama Pada WAKTU PAGI

Ada yang mesej tanya saya.

Kenapa Doc selalu makan mangga pada waktu pagi?

Salah satu sebab, bagus untuk energy boost.

Mangga ni makanan tinggi alkali. Tak bagi bahaya pada usus.

3 waktu ni elak makan mangga:

Semasa waktu makan, selepas makan dan sebelum tidur.

Apa manfaat mangga?

 

1. Kaya Vitamin C

Bab vitamin C tak payah ulas banyak.

1 cawan mangga bekalkan 75% keperluan vitamin C harian.

Penting untuk hasilkan tentara ‘disease-fighting.’

Percepat proses penyembuhan luka.

Penting untuk hasilkan sel darah sihat selain kolagen.

BACA 10 KEBAIKAN VITAMIN C ANDA PERLU TAHU

 

2. Kaya Vitamin K

Mangga ni kaya sumber vitamin K.

Penting untuk pastikan kepekatan darah pada tahap normal.

Sekali gus cegah risiko anemia.

Tugas vitamin K ni hasilkan pelbagai jenis protein.

Untuk proses pembentukan tulang dan sel darah merah.

Contoh, osteocalcin untuk bina tisu tulang.

BACA TINGGI VITAMIN K – 21 KHASIAT ROMAINE LETTUCE

 

3. Kaya Beta-Carotene

Haa bagi yang cegah kedutan awal di muka.

Kena mula berdamping dengan mangga.

Kajian libatkan peserta wanita yang sudah menopaus.

Dapati ada pengurangan kedutan sebanyak 23% selepas 2 bulan ambil mangga.

Fungsi beta carotene untuk perlahankan kerosakan sel.

BACA 7 KEBAIKAN LUARBIASA VITAMIN A

 

4. Kaya Magnesium & Potassium

Dua nutrien ni penting untuk sistem kardiovaskular.

Nak halang risiko penyakit jantung.

Stabilkan degup jantung dan rendahkan tekanan darah.

Mangga ada mangiferin.

Bahan penting untuk kurangkan radang pada jantung.

BACA 14 MAKANAN COLLAGEN BOOSTER UNTUK KULIT AWET MUDA

5. Kaya Amylase & Dietary Fiber

Kalau susah nak membuang.

Itu tanda tubuh kekurangan fiber. Jadi sembelit.

Mangga tinggi dietary fiber.

Bantu stabilkan balik sistem penghadaman.

Amylase ni bantu pecahkan kanji kanji yang susah dihadam.

Larutkan makanan dengan mudah.

BACA 20 SUMBER MAKANAN TINGGI PREBIOTIK

BACA APA PERBEZAAN PREBIOTIK DAN PROBIOTIK?

 

6. Kaya Folat

Folat penting terutama bagi wanita.

1 biji mangga bekalkan 144mcg. Jumlah cukup banyak.

Ibu hamil perlu 400mcg folat setiap hari.

Jadi, boleh masukkan mangga dalam senarai snek.

Perlu untuk pengagihan sel dan bentuk DNA.

Nak pastikan semuanya dalam keadaan normal.

Cegah risiko cacat pada bayi.

Sumber lain termasuk delima dan kiwi.

BACA 10 KHASIAT ‘SUPERFRUIT’ DELIMA IKUT KAJIAN

BACA 13 KELEBIHAN KIWI TERLETAK PADA BIJI HALUSNYA

 

7. Kaya Choline

Selain telur puyuh dan telur ayam.

Buah mangga juga tinggi sumber choline.

Buah lain termasuk cantaloupe,kiwi, grapefruit, raspberi, markisa.

Choline penting untuk boost memori.

Atasi masalah anxiety.

Boost kadar metabolisma tubuh. Bakar lebih banyak tenaga.

Bantu saraf berinteraksi dengan otot.

BACA TINY BUT MIGHTY – INI 11 KHASIAT TELUR PUYUH

Anda Juga Mungkin Berminat

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Anemia Mampu Jejas Perkembangan Otak Anak?

14 Makanan Bantu Cegah Radang Apendiks!

Scroll to Top