Nasi Beras Basmati Dan Nasi Beras Biasa – Sama Ke?

Sebut bab nasi.

Rupanya ramai ingat nasi beras basmathi ni sama dengan nasi beras biasa.

Jawapannya adalah berbeza.

Berbeza juga dari segi rasa dan aroma.

Butiran halus panjang dan tidak melekat antara satu sama lain.

Sebab ada ‘amylose’ yang bertindak sebagai ejen anti-gelatin.

Basmathi ada basmathi perang dan basmathi putih.

Untuk lebih nutrisi, ambil basmathi perang.

Kalau dapat yang wholegrain basmathi lagi padu.

Beras basmathi masuk kategori ‘gluten-free.’

Seterusnya: 12 Khasiat Ubi Kaya Ramai Tak Tahu

Nilai GI yang lebih rendah iaitu sekitar 50-58.

Jadikan ia sesuai untuk diet penghidap diabetes dalam jumlah disarankan.

Tinggi serat larut untuk sistem penghadaman lancar.

Elak susah membuang.

Ada ‘resistant starch’.

Bersifat prebiotik tingkatkan jumlah bakteria baik dalam usus.

Bantu perut kenyang lebih lama.

Basmathi punyai jumlah vitamin B, copper dan magnesium jauh lebih tinggi.

Magnesium bantu kawal glukosa dalam darah.

Paling penting, basmathi rendah arsenik.

Seterusnya: Mentega Atau Marjerin? Mana Yang Lebih Elok?

Sejenis ‘heavy metal’ yang boleh tingkatkan risiko diabetes, jantung dan kanser.

Satu aja lah kalau cakap bab nasi basmathi iaitu PORTION.

Makan lah beras tersihat mana pun tapi kalau tak jaga sukatan.

Portion kiri kanan atas bawah pinggan penuh dengan deretan lauk disertai ‘bah’ banjir kuah.

Bukan sepinggan tapi 2, 3 round sekali duduk. Tak jadi apa.

Kalau nak jaga berat, ambil sumber rendah GI dengan kuantiti sederhana.

Semudah itu. Boleh amal?

 

ARTIKEL TERBARU:

8 Tips Beli Makanan Di Bazar Ramadan

7 Tanda Utama Buah Pinggang Bermasalah

11 Khasiat Luarbiasa Daun Ubi Keledek

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Dengki Atau Benci? Ini 8 Kesannya Kepada Kesihatan

9 Kesan ‘Purring’ Kucing Kepada Kesihatan

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Scroll to Top