Selulit

Menghilangkan Selulit Dengan 7 Jenis Makanan Ini

Bagaimana Selulit Terbentuk?

Menghilangkan selulit tidak sesukar yang difikirkan.

Terutama bagi kaum wanita.

Apabila sel lemak memenuhi bawah lapisan kulit.

Sel menolak tisu. Maka terbentuk lapisan garis tak sekata.

Nampak macam kulit kaki ayam

TAHU TAK KAKI AYAM NI BANYAK KHASIATNYA?

Walaupun selulit ni tak nampak depan depan.

Tetapi, boleh akibatkan diri tidak yakin apabila melihat diri sendiri.

Namun, selulit adalah perkara biasa.

Tahu tak selulit boleh terjadi atas faktor genetik.

Kesannya boleh diatasi.

Bagaimana cara menghilangkan selulit?

SELULIT BOLEH DIKURANGKAN MELALUI SENAMAN NI! BACA DI SINI

menghilangkan selulit untuk kulit bebas cela

Buah sitrus

Yang pertama, ada banyak jenis buah sitrus.

Contohnya, limau kasturi. Oren, limau nipis, limau purut.

Selain oren, limau gedang dan lemon.

Kenapa buah sitrus ni elok untuk atasi selulit?

Sebab kaya anti oksida.

Selepas itu, buah sitrus ni tinggi vitamin C.

Yang cukup terkenal untuk kesihatan kulit.

Contohnya, kurangkan kedutan.

Bukan itu saja, vitamin C bantu hasilkan kolagen.

Iaitu struktur penting untuk kulit anjal dan gebu.

NAK TAHU APA KELEBIHAN LIMAU KASTURI? BACA DI SINI

menghilangkan selulit dengan buah sitrus

Salmon

Salmon sangat bagus untuk menghilangkan selulit degil.

Terutama pada pinggang, punggung, perut dan bawah lengan.

Lebih kurang sama dengan buah sitrus.

Salmon ada anti oksida dan lemak omega-3 yang tinggi.

Dua ni bantu pecahkan sel lemak.

Yang melekat di lapisan kulit. Hasilnya, mampu menyingkirkan selulit.

Selain itu, salmon mampu bantu baiki dan kuatkan tisu kulit.

Dengan tingkatkan cecair dalam sel.

NAK TAHU APA LAGI KHASIAT IKAN LAIN SELAIN SALMON? BACA DI SINI

menghilangkan selulit dengan salmon

Tuna

Seperti salmon, tuna juga bantu menghilangkan selulit.

Tuna rendahkan toksin yang ada dalam saluran darah.

Sekali gus lancarkan aliran darah.

Bila lancar, bahan buangan yang terperangkap pada tisu juga berkurang.

Tuna juga elok untuk turunkan kolesterol jahat.

Bantu naikkan mood. Elak murung.

Tambahan, tuna adalah makanan sesuai bagi mereka yang sedang berdiet.

KURUS TAPI TINGGI KOLESTEROL? BACA DI SINI

menyingkirkan selulit dengan tuna

Flaxseed

Pernah makan flaxseed? Sesuai untuk menyingkirkan selulit.

Flaxseed nak sama dengan chia seeds.

Tambahan, khasiatnya lebih kurang dengan salmon dan tuna.

Tinggi lemak omega-3.

Uniknya, ada lignan.

Sejenis bahan seimbangkan hormon oestrogen.

Hormon ni berkait dalam proses selulit.

Lagi tinggi oestrogen, lagi senang selulit timbul.

Flaxseed juga rangsang kolagen. Untuk tegangkan kulit.

Apakata cuba keropok flaxseed?

KEKACANG LAIN SEPERTI PECAN JUGA BAGUS UNTUK SELULIT BACA DI SINI

flaxseed

Teh hijau

Teh hijau atau matcha bagus untuk menyingkirkan selulit.

Kerana ada anti oksida catechin.

Bantu atasi lemak yang timbul.

Matcha juga ada ciri diuretik dan detoks.

Halang pengumpulan toksin untuk kulit lebih sekata.

Matcha juga bagus untuk atasi lemak badan serta kolesterol tinggi.

Kalau ingin tukar cita rasa.

Boleh ambil teh kamomil atau teh hitam.

Elok untuk selulit dan jerawat.

UBI BIT JUGA BANTU ATASI MASALAH SELULIT! BACA DI SINI

Bayam

Sayur daun hijau seperti bayam bagus untuk selulit.

Sebab kaya vitamin A dan C.

Bantu hasilkan lebih banyak kolagen untuk kulit sekata.

Bukan itu saja.

Bayam adalah sayur rendah kalori. Dan tinggi serat fiber.

Bayam juga kaya magnesium.

Mineral penting untuk kekalkan kulit sihat.

Dan usus sihat untuk naikkan metabolisma agar lemak dibakar.

MACAM MANA NAK ATASI KEMBUNG PERUT? BACA DI SINI

bayam

Avokado

Rahsia artis untuk menyingkirkan selulit. Dan dapatkan kulit cantik berseri.

Avokado kaya lemak sihat dan fiber.

Contohnya asid oleik, asid linoleik. Vitamin E dan magnesium.

Bantu seimbangkan paras glukosa untuk singkirkan toksin penyebab selulit.

Enak dimakan begitu saja.

Boleh juga ambil buah beri lain warna.

Avokado juga bantu bakar lemak pada pinggang dan lengan.

Hasilnya, perut kempis.

INI CARA KEMPISKAN PERUT YANG BETUL! BACA DI SINI

avokado

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top