15 Khasiat Terung Pipit Untuk Kesihatan

Cuti cuti orang pergi melancong.

Saya lawat taman herba sendiri. Petik sana petik sini. Best hidup gini.

Hari ni petik terung pipit. Nampak saja kecil kan?

Besar juga nutrisi vitamin A dan C dalam burung pipit ni.

Nama Inggeris, Turkey berries.

Dulu dulu saya ingat lagi nenek saya suruh anak perempuan dia makan.

Especially lepas kahwin. Dia suruh rebus makan dengan nasi.

Masa tu tak tahu sebab apa.

Tapi sekarang baru rupanya dalam terung ni ada steroid bernama Solasodine.

Benda yang sama diguna dalam pil perancang.

Terung pipit juga elok untuk regulate darah haid.

Ada juga dalam terung ungu biasa ambil.

Nenek saya sendiri anak 12. Mungkin dia tak nak anak anak ikut macam dia.

 

Ejen antiradang. Berupaya singkirkan lebihan asid urik dari badan.

BACA SUMBER MAKANAN TERBAIK ATASI GOUT

Tingkatkan aliran darah. Legakan sakit sendi.

Sumber serat terbaik kurangkan berat. Terung pipit tinggi sumber iron.

Makan bersama sumber tinggi vitamin C.

Baru iron dapat diserap tubuh.

 

Tinggi potassium untuk jantung. Superfood untuk otak.

Nak kulit awet muda, wajib dijadikan saka.

Terung pipit tinggi Gallic acid and Ferulic acid.

Dua bahan bersifat antioksidan dan anti-inflammatory.

Berpotensi rendahkan tekanan darah tinggi.

Banyak lagi petua orang tua pasal terung pipit ni.

Kalau kena gigit apa apa, tempek saja terung pipit yang dilumatkan.

Terung pipit bersifat anti-microbial.

Cegah jangkitan pada luka atau ulcer.

Akar terung pipit pula berguna kalau kaki atau tangan terkehel.

Tumbuk lumat tempek kat tempat bengkak tu.

Surutlah nanti. Ni petua orang dulu dulu. Entah jadi atau tidak.

 

Tapi apa yang penting terung pipit banyak manfaat.

Dalamnya juga ada Chlorogenin, Sisalogenone, Torvogenin, Neochlorogenine dan Panicolugenin.

Flavonoid, Alkaloid, Glikosida, Tannin dan Torvosida.

Banyakkan. Nama pun tak pernah dengar.

Kalau ada banyak kahak tak hilang juga boleh keringkan terung ni.

Lepas tu tumbuk atau blend sampai jadi tepung.

Diguna tepung terung pipit seperti minum teh.

Akan keluarlah kahak degil tu.

TEH ROSELLE?

TEH OOLONG?

TEH BUNGA TELANG?

TEH HIJAU?

 

Ada kajian kata kebaikan terung pipit ni untuk masalah ginjal.

Caranya, dia reverse Tubular Necroses (ATN).

Serta menghentikan sumbatan Glomerulus pada ginjal.

KENALI 7 TANDA BUAH PINGGANG BERMASALAH

Bolehlah try tanam sepokok dua.

Tak pun rajin rajin makan sekali dua dalam seminggu.

Padu tak padu terung pipit?

Paling merecik makan sebagai ulam ulaman.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

6 Kelebihan Daun Kucai Selain Penyedap Rasa

Scroll to Top