Buah Pelaga Dan 7 Khasiat Di Sebalik Rasanya

Buah pelaga.

Turut dikenali dengan nama cardamom.

Antara rempah ratus femes.

Selari dengan cengkih, kayu manis, kunyit dan saffron.

Banyak guna dalam masakan Arab dan India.

Buah pelaga elok untuk tubuh sihat.

1. Turunkan Berat

Siapa sangka biji kecil ni bantu turun berat.

Sistem usus dinaik taraf.

Paling padu, gabung dengan kayu manis.

Tingkatkan metabolisma.

Badan aktif bakar lemak lemak degil.

BACA: 4 ‘RAHSIA’ PEMAKANAN SIHAT ORANG CINA PATUT DIAMALKAN

buah pelaga

2. Lindungi Organ Hati

Cardamom ni elok untuk lindungi organ hati.

Bantu cegah ia dari kembang.

Dan risiko untuk penyakit hati.

Turunkan paras kolesterol tinggi dan radang hati.

Bantu hati singkirkan toksin.

Kajian klinikal dibuat pada 2018 dapati:

Buah pelaga hijau tingkatkan sirtuin-1 dan cegah radang

Dalam penghidap hati berlemak (overweight dan obes).

3. Legakan Loya Muntah

Cardamom juga boleh legakan rasa loya.

Bantu tenangkan perut bergelora.

Ketidakhadaman, kembung perut dan kejang perut.

Untuk batuk pun boleh.

Terutama batuk sekali dengan lendir.

Campur serbuk pelaga dengan sedikit madu asli.

Kemudian, ambil 1 sudu.

BACA: 8 KHASIAT LUARBIASA LIMAU PURUT

cardamom

4. Redakan Asid Refluks

Makanan tinggi lemak. Pedas dan banyak minyak.

Serta produk tenusu.

Boleh jadi punca reflux acid (GERD).

Simptom ni boleh dikurangkan dengan pelaga.

Antara gejala – rasa terbakar pada dada / tekak, sakit masa telan.

Kerap sendawa. Panas di belakang tekak.

5. Legakan Anxiety

Komposisi pelaga amat kompleks.

Ada sabinene, limonene, 1,8-cineole, a-terpinyl acetate dan linalool

Semua ni bersifat ‘calming’.

Elok untuk tenangkan minda bercelaru.

Bau minyak pelaga bantu tingkatkan fokus dan naikkan motivasi.

BACA: 24 SEBAB KENAPA KENA MAKAN BARLI

6. Jaga Kesihatan Gigi

Kalau ada masalah bau mulut.

Kena damping dengan pelaga. Bantu bersihkan mulut.

Elak bakteria tumbuh.

Atasi kaviti, penyakit gusi dan bau busuk.

Boleh juga amal nanas.

7. Elok Untuk Diabetes

Bahan dalam pelaga bersifat anti oksida.

Dan anti radang.

Bantu cegah pre-diabetes.

Kajian dalam jurnal Science of Food & Agriculture (2019) dapati,

Penghidap diabetes jenis 2 amal pelaga selama 10 minggu.

Berlaku peningkatan insulin dan haemoglobin A1c.

BACA: 15 KHASIAT TURUN TEMURUN ULAM RAJA

.

.

P/S:

Tak sempat masak breakfast? Kejar masa?

Apakata ambil Barley Flakes?

Makanan sihat, sedap dan lengkap sebagai pemula hari!

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

‘Rahsia’ Dr Rizal Legakan Masalah Perut Berangin!

Hormon Testosteron Rendah: 9 ‘Kebaikan’ Kaum Adam Kena Tahu

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga – Hargailah Mereka

Sikap Suka Membanding Bandingkan Anak Dan Kesannya

‘Rahsia’ Dr Rizal Kekal Cergas Tanpa Mengaduh Sakit Sendi!

Rahsia Dr Rizal Cepat Bakar Lemak Hanya Dengan Berjalan Kaki!

Scroll to Top