10 ‘Highly Functional Foods’ Patut Ada Dalam Senarai Diet

Apa yang dimaksudkan dengan ‘functional food’?

Klasifikasi ini dibentuk oleh kerajaan Jepun pada tahun 90an.

Untuk bezakan jenis makanan.

Yang bekalkan nutrisi biasa dengan nutrisi luar biasa.

Functional food beri impak pada kesihatan tubuh dan juga otak.

Antara kelas makanan berkualiti tinggi.

Dari segi nutrisinya.

Ini 10 contoh makanan dalam kategori ‘highly functional foods’:

.

.

1. MADU ASLI

Antara makanan yang disebut dalam Quran.

Nak lagi yang 100% ori.

Seperti Madu Uzbekistan OCOC dan Madu Habbatus Sauda.

Bekalkan tenaga dan sokong kekuatan organ organ penting.

Juara antioksida kurangkan oxidative stress.

Musnahkan radikal bebas penyebab penyakit kronik.

Kebalkan sistem imun.

Punyai ciri anti-viral dan bertindak sebagai anti-depressant semula jadi.

Bersifat ‘nootropic’. Lindungi neuron. Bikin memori power.

Bersifat toksik terhadap sel kanser.

ARTIKEL PENUH: 16 KHASIAT MADU UZBEKISTAN OCOC

2. IKAN BERLEMAK

Ikan berlemak seperti salmon, tuna, tenggiri dan sardin.

Bukan saja rendah merkuri.

Tapi juga kaya dengan Omega-3.

Bantu rendahkan risiko terkena penyakit hati dan jantung.

Omega-3 tak boleh dihasilkan oleh badan.

Kena peroleh melalui diet harian.

ARTIKEL PENUH: 5 JENIS IKAN BERLEMAK KAYA OMEGA-3

3. KACANG

Kacang seperti kacang kuda, pistachio, walnut dan almond.

Kacang kuda ada raffinose.

Bantu pencernaan nutrien agar diserap lebih baik oleh sel.

Makanan rendah GI yang rendahkan kolesterol.

Kacang Brazil juga bagus untuk rambut.

Kaya selenium. Mineral penting untuk pertumbuhan akar rambut.

Elak rambut kerap gugur.

Ada kandungan Omega-6 dan Omega-9 yang tinggi.

Bantu rangsang penghasilan sebum di kulit kepala.

Kacang Brazil ada sejenis ejen penguat rambut bernama phosphatidylcholine.

Menggemburkan rambut secara semulajadi.

Serta berciri moisturising untuk rambut bersinar.

4. BARLI

Selain β-glucan, barli ada pyridoxine (vitamin B6).

Diet tinggi vitamin B6 seperti barli bantu turunkan paras homocysteine.

Penyebab penyakit kronik berkait dengan jantung.

Kajian juga cakap.

Pengambilan barli secara berkala memang bantu kurangkan lemak viseral.

Lemak tersembunyi yang menyelimuti organ dalaman.

Ini tanda tanda diserunya penyakit kronik.

Seperti darah tinggi, diabetes, obesiti, strok dan kolesterol tinggi.

Barli padat dengan zat besi dan folat.

Dua ni bantu hasilkan sel darah merah sihat. Bantu berikan oksigen pada darah.

ARTIKEL PENUH: 24 SEBAB KENAPA KENA AMAL MAKAN BARLI

5. BUAHAN BERI

Buah beri ada banyak.

Strawberi, beri biru, ceri, beri hitam, gooseberry, elderberry dan gojiberry.

Sumber tinggi vitamin A,B,C serta mineral manganese dan fiber.

Semua ini tingkatkan tahap tenaga dan diketahui meningkatkan positivity.

Digunakan dalam perubatan tradisional Cina.

Untuk lawan kemurungan dan anxiety.

Sekali sekala amal makan ceri. Kalau mampu, setiap hari.

Sumber terbaik melatonin & serotonin untuk sistem saraf.

Baiki kualiti tidur & mood. Bantu otak proses maklumat baru lebih cepat.

Elok untuk gout. Rendahkan paras uric acid.

Juga ada beri tempatan iaitu buah markisa.

Dijuluki gelaran ‘superfruit’.

Markisa padat dengan anti oksida.

Ada polyphenol, vitamin C dan beta carotene.

Bersifat anti kanser.

Bantu kurangkan radang risiko penyakit kronik seperti jantung.

Juga kaya zat besi.

Bantu tingkatkan lagi penyerapan vitamin C dalam badan.

Bagus untuk ibu hamil.

Bantu tingkatkan paras haemoglobin dan cegah insomnia.

ARTIKEL PENUH: 21 KHASIAT ‘LUARBIASA’ MARKISA

6. KUNYIT

Kunyit biasa atau kunyit hitam.

Paling penting, dua dua ni bekalkan nutrisi power.

Power betul kalau ambil kunyit atau makanan tinggi kunyit.

Apa berlaku? Autophagy naik tinggi.

Autophagy ialah cara tubuh hapuskan sel rosak dan mati.

Akibatnya sel baru tumbuh. Awet muda jadinya.

Curcumin dalam kunyit bantu halang perkembangan sel kanser.

Lebih menarik lagi apabila dicampur dengan piperine (bahan sebabkan rasa pedas pada lada hitam).

Ia kecutkan stem sel kanser payudara.

Curcumin dari kunyit juga halang pembuluh darah dari membentuk tumor.

Curcuminoid dari kunyit dapat neutralkan radikal bebas dan halang kerosakan kepada sel otak.

Ia juga bertindak sebagai penjaga kepada sel otak.

ARTIKEL PENUH: 13 ‘RAHSIA’ KUNYIT HITAM JARANG DIKETAHUI

7. GRANOLA

Campuran supernuts untuk bekalkan nutrisi power.

Kenapa granola?

Nak bagi lancar aliran darah ke otak. Bekalkan tenaga ke sel sel tubuh.

Memori makin kuat. Badan makin cergas.

Sarat dengan mikro nutrien penting. Ada magnesium bagi relaks.

Perbaiki tidur pada tahap kemampusan tertinggi sekali.

Elok juga untuk masalah migrain.

Sarat vitamin D dan E.

Penting sangat nak elak sel daripada dijahanamkan oleh radikal bebas.

Nak muka ada sinyium, nak kenyang, nak endorfin tinggi, nak tumbuhkan sel otak baru.

Berdampinglah dengan granola.

ARTIKEL PENUH: 18 SEBAB PERLU AMBIL GRANOLA

8. ULAM ULAMAN

Mungkin tak sesedap fast food.

Mungkin tak berbau lazat seperti donut dan aiskrim.

Pelik mahupun busuk itu cirinya.

Tapi jangan buat main dengan khasiat ulam.

Contoh macam ulam raja.

Ramai tak tahu ulam raja tersangat kaya dengan vitamin C.

Lebih tinggi daripada oren dan jambu batu.

Bantu turunkan glukosa dalam darah dan paras tekanan darah tinggi.

Kajian dapati penghidap diabetes jenis 2.

Yang amal ulam raja selama 8 minggu menunjukkan peningkatan sensitiviti insulin.

Ulam ini juga disarankan oleh KKM untuk amal selain petai.

Lagi satu, pegaga.

Power tak power daun pegaga.

WHO mengiktiraf pegaga sebagai herba yang jaga & lindungi kecerdasan OTAK.

Terutama untuk kanak-kanak.

Pegaga tingkatkan aliran darah masuk kedalam OTAK.

Otak jadi lebih tersedia.

Orang tua tua selalu ambil pegaga sebagai jus atau ulam.

Bantu awet muda. Galakkan penghasilan kolagen.

Jus boleh campur dengan buah seperti lemon, epal atau belimbing.

Kalau saya ambil sebagai ulaman.

Ulam lain seperti daun geli geli, daun kari, peria, jantung pisang dan pucuk gajus.

ARTIKEL PENUH: NAK KULIT AWET MUDA> AMAL 7 ULAM NI!

9. AVOCADO

Buah avocado sememangnya tinggi kandungan lemak.

Tetapi, ia tinggi mak tak tepu yang menyihatkan.

Bantu kurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis.

Avocado bantu sistem peredaran darah dan pertumbuhan tisu baru.

Buah avocado juga diperkaya dengan serat.

Tingkatkan metabolisme badan.

Pembakar lemak semula jadi dan anti-lapar.

ARTIKEL PENUH: 9 MAKANAN KURANGKAN RASA LAPAR

Dan merupakan sumber lutein yang baik.

Lutein merupakan sumber antioksida yang dapat tingkatkan kesihatan mata dan juga kulit.

Juga kaya vitamin E.

Buah elok untuk redakan radang akibat gout.

Selain stabilkan gula dalam darah. Elok untuk pesakit jantung.

Biji avocado jangan buang.

Boleh buat teh. Cara nak buat pun senang.

Potong biji avocado kepada 4 potongan. Kalau boleh dapatkan dua biji.

Air pula perlukan dua cawan. Rebus.

Bila dah sejuk sikit, masukkan madu. Dah siap dah untuk diminum.

Masa tuang ke cawan tu tapis dulu.

Warna teh biji avocado ni sama macam teh biasa.

10. MINYAK MCT

Ada apa dengan MCT?

Molekul MCT lebih kecil berbanding kebanyakan lemak lain. Dipanggil Long-Chain Triglycerides atau LCT.

MCT jadikan ia lebih mudah dihadam.

Tubuh mampu serap MCT masuk ke dalam saluran darah dengan lebih cepat.

Kebiasaan, lemak lain perlu bantuan asid hempedu atau enzim pencernaan lipase untuk dihadam.

Tapi MCT ni special sikit. Ada laluan khas. Diserap terus melalui organ hati.

Selain untuk kegunaan harian.

MCT Oil sangat sesuai diamalkan semasa berpuasa.

Ia bertindak sebagai energy booster.

MCT Oil lalui proses ketosis – ditukar kepada beta-hydroxybutyrate.

Di mana dalam keadaan berpuasa.

Tanpa makan minum tapi masih boleh bekalkan tenaga berterusan untuk tubuh dan otak.

Serta tingkatkan fokus.

MCT Oil juga bantu pertumbuhan bakteria baik dalam usus.

Apabila ekosistem dalam usus dijaga rapi. Maka, tiadalah masalah kulit berjerawat.

Berat badan juga terkawal.

ARTIKEL PENUH: INI ‘RAHSIA’ MCT OIL ATASI NYANYUK

Boleh amal?

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

Scroll to Top