Lebih Sihat Serta Sedap! Ini 4 Resepi Mudah Dibuat

Lebih sihat serta sedap.

Menu masakan serba mudah dan senang dibuat.

Apa Rahsia Badan Kekal Langsing? Ikuti 9 Langkah Ini!

1) Kerabu Kaki Ayam

Kerabu kaki ayam – makanan kolagen semula jadi untuk awet muda.

Kenapa?

Ada kira-kira 70% kandungan protein dalam kaki ayam.

Menjadikan ia padat dengan kandungan kolagen.

Lagi satu versi saya suka buat sup.

Padu bila hirup sup kaki ayam.

Pekena pula dengan kurma merah dengan goji berries.

Nutrisi padat bagus untuk tubuh. Ini resepi saya buat selalu.

Bahan-bahan:

– Kaki ayam (rebus dengan cengkih dan bay leaves)

– 1 biji tomato

– 4 tangkai cili api/panjang

– Perahan lemon/limau nipis

– 2 batang serai

– Daun ketumbar

– Separuh biji bawang Holland

– Garam cukup rasa

Gula kelapa cukup rasa

– 2 sudu besar kerisik kelapa

– 1 sudu kecil belacan

lebih sedap: kerabu kaki ayam

1) Rebus kaki ayam dengan cengkih dan bay leaves hingga lembut. Toskan.

2) Hiris bawang, tomato, cili dan serai. Racik daun ketumbar.

3) Gaulkan bahan tadi dengan kaki ayam.

4) Masukkan perahan limau, kerisik dan belacan.

5) Perasakan dengan sedikit garam dan gula kelapa.

6) Gaul dengan sebati. Siap untuk dihidang.

Petua Mudah Pilih Udang Segar Serta Resipi Menjilat Jari!

2) Smoothie Rock Melon Avokado

Nak legakan anxiety, makan rock melon. Rock melon ni berbeza dengan honeydew.

Isinya warna oren dan lebih manis dan rangup.

Rock melon atau cantaloupe adalah ‘natural anxiety reliever’.

Kandungan potassium dalam rock melon sangat tinggi.

Bantu normalkan degupan jantung yang laju.

Ia rangsang tubuh untuk sedut lebih banyak oksigen masuk dalam otak.

– Air

– Ais

– Rock melon (dipotong)

Biji selasih

– Avokado ranum (buang biji)

– Susu almond

1) Blend rock melon, avokado dan air.

2) Tuang dalam gelas. Masukkan biji selasih dan susu.

3) Tambahkan ais. Siap untuk minum.

Susu almond rendah kalori. Tiada gula semulajadi dalamnya.

‘Kitchen Hacks’ – 12 Petua Patut Tahu Untuk Sihat Alami

3) Keledek Lenyek Barli

Ini resepi keledek lenyek barli. Ada pernah makan?

Sesuai untuk makan pagi. Lengkap nutrisi untuk mulakan hari.

Keledek adalah superfood.

Penting untuk immunity builder.

Padat nutrien anti kanser.

1 biji keledek beri 400% vitamin A yang diperlukan setiap hari.

1 hidangan keledek ni juga adalah sumber terbaik vitamin B6, C, potassium dan fiber.

Bantu baikpulih organ dan sembuhkan luka luar dalam.

Paling merecik, makan dengan grilled asparagus.

keledek barli

Bahannya tak banyak. Caranya pun senang.

– Keledek ungu/oren

– 100g barli

– Secawan air

– 2 biji bawang besar

– Sedikit garam bukit

– Sedikit lada hitam

– 2 helai bay leaves

– Sedikit unsalted butter

1) Rebus keledek bersama barli, garam dan bay leaves.

3) Tumis bawang besar dengan butter. Masukkan lada hitam.

4) Masukkan tumis dalam keledek rebus.

5) Kacau sehingga lembut. Kalau nak lagi berkrim boleh tambah susu segar.

Barli adalah pengganti nasi. Sumber low GI dan elok untuk kesihatan.

Elok Ke Makan Telur Ikan? Ini Fakta Perlu Tahu

4) Kari Ayam Mangga

Ini resepi kari ayam mangga versi sihat. Boleh buat sempena cuti.

Kari simple sahaja.

Rasa pedas masam manis sebab gabungan mangga dan cili.

Ini bahannya:

– 1 sudu minyak kelapa

– 5 ketul dada ayam (potong dadu)

– 1 biji bawang besar (potong nipis)

– 1 inci halia (tumbuk)

– Semangkuk santan segar

– 2 sudu pes kari Thai

– Mangga (potong dadu)

– Segenggam bayam mini

– Segenggam daun ketumbar

[Optional: kacang kuda, gajus, keledek]

19 Makanan Mengandungi Lemak Trans Fat

lebih sihat: kari ayam mangga

Caranya seperti di bawah:

1) Letak minyak kelapa dalam kuali. Goreng kilas bawang besar sehingga lembut.

2) Masukkan bawang putih dan halia. Masak sehingga bau wangi.

3) Masukkan ketulan ayam. Gaul sehingga hampir masak.

4) Masukkan pes kari dan gaul selama 3-5 minit.

5) Bila dah naik bau, masukkan santan dan mangga.

6) Kalau pekat, tambah air. Biarkan mendidih guna api besar selama 5 minit.

7) Kecilkan api dan biarkan selama 10 minit. Masukkan bayam dan daun ketumbar. Tutup api. Siap untuk dihidang.

Sedap cicah dengan roti wholegrain. Atau makan dengan brown rice.

Bolehlah cuba.

 

 

P/S:

SUPERSALE 2023 kini sedang berlangsung!

Tuan Puan boleh dapatkan produk seperti berikut:

OTAK 1.0

OTAK 2.0

Rahsia Sihat Alami

60 Resipi Sihat

 

Atau…

 

Ubah tahap hidup Tuan Puan dengan NEUROPLANNER

Dari 900 kini tinggal 400 UNIT sahaja lagi!

Ini adalah CETAKAN PERTAMA dan TERAKHIR

KLIK DI SINI

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0