Bagaimana Mahu Minum Air 3L Sehari Tanpa Perlu Minum Air Putih

Ramai bertanya.

Bagaimana dapat minum sehingga 3.6 liter atau 2.6 liter air sehari.

Sumber air bukan dari air semata. Sayur dan buah juga ada banyak air.

Sayur berikut ada 95% kandungan air:

4 SAYUR MENGANDUNGI 95% AIR:

1. Timun

95% dari timun adalah air. Dahsyat kan.

Timun ni kaya dengan vitamin Kpotassium dan magnesium.

Magnesium sangat penting proses uraikan nutrisi dalam tubuh. Bantu dapatkan tidur nyenyak.

Dalam timun ada fisetin, asid caffeic, cucurbitacins dan lutein. Semuanya Anti kanser yang hebat.

Jadi nak jauhkan diri dari kanser, silalah berdamai dengan timun. Biar dia jadi best friend hidangan kita.

Timun ini antara makanan untuk putih semulajadi.

Tak percaya? BACA DISINI 

2. Lobak Merah

Orang kata lobak merah ini baik untuk mata.

Yes, betul tu.

Dan tahukah anda,

Lobak merah mengandungi jumlah peratusan air sebanyak 95%.

Power betul.

Kalau lihat lobak merah digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Tambah dalam tomyam memang perghh.. Sedap!

Lobak merah mempunyai banyak jenis nutrien penting seperti serat, vitamin A dan K, dan juga antioksida penting seperti beta-karotena.

Kajian lain menunjukkan bahawa dengan mengambil karotena seperti beta-karotena kurangkan risiko terkena kanser.

Lobak merah paling mudah didapati di pasaran.

Apakata ratah je lobak merah selepas ni. Memang sedap. Rasa manis rangup-rangup macam tu.

Nak resepi kikis lemak di perut secara semulajadi? 

Baca PETUA ini.

3. Iceberg Lettuce

Mengandung 96% air.

Banyak tu!

Mengandungi Isothiocyanate (ITC) dan vitamin C halang kerosakan kolagen.

Juga dapat memperkuat tulang, kesihatan mata, dan meningkatkan kualiti tidur.

Selalunya selada air orang letak dalam salad atau makan bersama dengan nasi.

Nak tahu sayur apa lagi bantu awet muda? BACA DISINI

4. Zucchini

Ramai orang menyangka zucchini ini adalah timun jepun.

Timun jepun kebiasaanya warna lebih pekat dan lonjong.

Kalau lihat zucchini berbentuk bintang di hujungnya.

Rasanya lebih manis dan teksturnya padat dan rangup.

Biasanya zucchini orang buat salad, sandwich dan pasta.

Kaya dengan fosforus, magnesium, zat besi dan lutein.

Bantu menyembuhkan asma, menurunkan tekanan darah, mencegah kanser, dan menurunkan kolesterol.

INI 5P YANG PERLU ELAK DALAM MAKANAN

7 SAYUR MENGANDUNGI KURANG DARI 95% AIR:

1. Bayam

Bayam bekalkan air. Tapi kandungan air tidak setinggi 95%.

Hanya sekitar 92% air. Banyak juga tu.

Termasuk dalam sayuran hijau yang kaya air.

Kandungan kalorinya juga rendah iaitu sebanyak 23 kalori.

Bayam kaya dengan protein, serat, dan juga karbohidrat yang diperlukan tubuh.

Baca: Makanan Kaya Fitonutrien dan Zat Besi

2. Brokoli

Dengan kandungan air 91%, brokoli juga menjadi pilihan sayuran yang boleh memenuhi keperluan air dalam tubuh. 

Brokoli merupakan sumber serat dan protein yang hebat.

Terdapat banyak nutrien sihat seperti besi, kalium, kalsium, selenium, dan magnesium daripada brokoli.

Dapat lindungi dari kanser, menjaga kesihatan tulang dan sendi.

Bantu atasi masalah penuaan.

Itu sayur. Macam mana pula dengan makanan lain.

Semestinya ada makanan yang bantu atasi penuaan, kulit jadi cantik dan sihat.

Nak tahu? rajin-rajinlah BACA DISINI

No.8 tu orang dok viral favourite Neelofa. Cuba semak betul tak?

3. Tembikai

Buah lain yang turut mengandungi 92% air ialah tembikai. 

Dalam 154 gram tembikai sahaja, terdapat 118 ml air.

Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi serat, vitamin A, vitamin C, dan mineral seperti magnesium.

Kandungan ketumpatan kalori tembikai juga sangat rendah memandangkan kandungan airnya yang tinggi.

Hanya terdapat 46 kalori dalam setiap cawan tembikai.

Jadi ia mengurangkan selera makan dan membuatkan anda berasa kenyang lebih lama.

Oh ya, suatu ketika dulu di Jepun buah ini ramai yang rebut kerana sukar didapati.

Dikatakan mampu mengenyangkan perut kalau yang sedang berdiet.

Buah apa tu? BACA DISINI

4. Strawberi

Kalau jalan-jalan cameron, strawberi ini antara buah yang femes.

Di setiap genap tempat dan penjuru ada.

Kalau rasa kurang minum air masa ini dan mencari alternatif lain untuk badan kekal hydrate, ambil strawberi.

Strawberi mengandungi banyak air iaitu 91 ml bagi 100 gram.

Buah ini juga mengandungi serat, antioksidan, vitamin C dan E.

Hebatnya, kalau selalu makan strawberi boleh mengurangkan keradangan.

Bukan itu sahaja, ia juga mencegah berlakunya penyakit jantung, kencing manis, Alzheimer, dan pelbagai jenis kanser.

Baca: PETUA STABILKAN DARAH TINGGI

5. Kubis

Kubis hijau mengandungi 93% air

Bukan itu sahaja, kubis juga kaya dengan serat dan khasiat. Contohnya ialah vitamin C, vitamin K, dan mineral.

Vitamin C ini boleh membantu mengurangkan keradangan dan mengurangkan risiko mendapat penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung.

Kubis juga mengandungi antioksidan yang dipanggil glucosinolates yang membantu mencegah beberapa jenis kanser seperti kanser paru-paru.

Lagi bagus kalau kubis ditapai menjadi sauerkraut. Sangat baik untuk penghadaman.

Baca: 10 CARA SEMULAJADI CUCI USUS YANG KOTOR

Kajian dapati obesiti menjejaskan lebih daripada 40% orang dewasa Amerika dan dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung, masalah pencernaan dan diabetes.

Kalau ada masalah sembelit, cuba JUS INI

6. Tomato

Satu cawan tomato yang dihiris mengandungi 170.14 gram air atau 94% air.

Bukan itu sahaja, kalorinya agak rendah.

Hanya kira-kira 32 kalori dalam 149 gram tomato.

Tomato juga kaya dengan serat, antioksidan, dan vitamin A dan C. Bagus untuk kulit.

Mengandungi lycopene lindungi kulit dari sinar matahari dan kurangkan lingkaran gelap bawah mata.

INI 10 PETUA SEMULAJADI BANTU AWET MUDA

7. Lada Benggala

Lada benggala mengandungi 92% air

Amazing kan!

Selain itu, lada benggala kaya dengan serat, vitamin B, dan mineral seperti kalium

Dalam buah yang berair dan manis ini juga terdapat antioksidan dalam bentuk karotena yang boleh mengurangkan risiko kanser dan penyakit mata.

Malah jika dibandingkan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran lain, lada benggala mengandungi vitamin C yang paling tinggi. 

Dalam satu cawan sebanyak 149 lada benggala, telah memenuhi 317% keperluan harian vitamin C.

Baca lanjut: INI SEBAB DAN KHASIAT MAKAN 'RAINBOW FOOD'

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top