Cuba ingat balik masa dekat sekolah belajar sains.
Cikgu mesti selalu tanya soalan ini:
Apa jenis vitamin kategori larut lemak (fat soluble)?
Vitamin A,D,E, dan K jawabnya.
Nak tahu tak?
Nak pastikan 4 vitamin ini diserap oleh tubuh.
Dengan lebih efektif lagi.
Kena diambil bersama lemak sihat ye.
Apa contoh 10 sumber healthy fats boleh diambil?
1. MCT Oil
Kajian cakap,
MCT Oil lebih berkesan turunkan berat badan.
Berbanding olive oil.
Tak perlu dimasak. Cukup titiskan dalam masakan.
Last sekali selepas tutup api.
Dalam air pun sama. Letak 1 sudu dan kacau.
Lagi merecik letak dalam salad.
Sebab MCT Oil tiada bau dan rasa yang kuat.
Sesuai bagi yang baru berjinak.
ARTIKEL PENUH: 9 MANFAAT MCT OIL
2. Minyak Zaitun
Paling terbaik, ambil extra virgin olive oil.
Olive oil ada banyak jenis. Ikut kepekatan dan cara diproses.
Setiap jenis pula nama beza beza.
Takut nanti tersalah beli. Dan tersalah guna Kalau tersalah beli.
Guna pula untuk goreng sedangkan yang dibeli itu tak sesuai untuk suhu tinggi.
Bahaya terbentuknya lipid peroxides dan aldehydes.
Elemen karsinogenik. Penyebab kanser.
Ini jenis jenis minyak zaitun Tuan Puan patut ambil tahu:
3. Avocado
Avokado ni superfood yang popular dalam kalangan selebriti.
Tinggi LEMAK TAK TEPU. Atau dipanggil MUFAs
Lemak jenis masuk kategori lemak sihat.
Apa yang luar biasa pasal lemak MUFAs?
Bantu kurangkan risiko jantung, kanser dan diabetes.
Bantu lancarkan peredaran darah.
Rangsang pertumbuhan sel tisu baru.
Sebab avocado ni tinggi potassium BACA SELANJUTNYA
4. Dark Chocolate
Kalau pernah makan dark chocolate brand terkenal.
Ramai ingat bahannya kaya coklat.
Tapi hakikatnya, peratus dark chocolate dalamnya tak sampai 40%
Yang banyaknya pemanis. Krim susu.
Kalau nak kejutkan OTAK. Nak aktifkan bahagian memori.
Bahagian daya fokus. Kalau 38% sahaja tak cukup.
Kena sekurang kurangnya 70% dark chocolate
Ambil pula dark chocolate yang tak dicampur dengan pemanis gula putih.
Kalau saya, semestinya minuman Dark Chocolate Vegan OCOC
Dan juga Granola Bar OCOC
Cacao tingkatkan aliran darah di hippocampal cerebral.
Kawasan ni berkait dengan memori BACA SELANJUTNYA
5. Chia Seeds
Chia seeds ada kalsium 5 kali ganda lebih banyak berbanding susu.
401% lebih tinggi protein berbanding susu.
100g chia seeds sahaja bekalkan 630mg kalsium.
Juga tinggi plant-based omega-3 iaitu alpha-linolenic acid.
Bantu rendahkan risiko keradangan. Sihatkan jantung.
Stabilkan gula dalam darah. Tingkatkan sensitiviti insulin.
Chia seeds boleh dimasukkan di dalam air.
Atau dimakan bersama Greek yogurt, smoothie dan puding:
6. Keju
Cara MUDAH stabilkan mood ialah dengan tingkatkan hormon serotonin.
Hormon penting di dalam OTAK pertama dan OTAK kedua – perut.
Serotonin penting untuk memori.
Selera makan dan sakit juga dipengaruhi serotonin.
Apabila suhu badan meningkat serotonin juga berperanan.
Untuk tingkatkan serotonin perlu naikkan typtrophan.
Satu lagi hormon. Ia seperti kopi dan air.
Apabila bercantum keduanya baharulah terbit aroma dan diberi nama air kopi.
Segar apabila dinikmati.
Typtophan terdapat dalam keju seperti cottege cheese.
7. Nuts
Saya suka bertukar tukar jenis kacang.
Kebanyakan kacang adalah supernuts. Walaupun kecil tapi berkuasa.
Nak ambil semua khasiat yang ada.
Untuk elak rasa bosan apabila makan jenis kacang sama.
Ini jenis kacang bagus untuk OTAK:
8. Fatty Fish
Ambil ikan berlemak contoh sardin, tuna, salmon, tenggiri BACA SINI
Kaya vitamin D. Gabungkan dengan bayam / kekacang. Kaya magnesium
Kajian dapati, magnesium berkesan untuk tingkatkan vitamin D.
Kalau tiada magnesium, vitamin D tak boleh diaktifkan dan diangkut dalam darah
Kurang magnesium akibatkan kurangnya vitamin D.
Dan akan lemahkan sistem hormon paratiroid.
Kesan jangka panjang untuk cegah penyakit kardiovaskular dan kanser kolon.
9. Telur
Power tak power TELUR ni dah lah tinggi protein.
Lepas itu bantu pula kurangkan ‘calorie intake’ jika diambil waktu pagi.
Bantu weight loss. Kekalkan rasa kenyang untuk jangka masa lama.
Tingkatkan aktiviti metabolisma.
Setiap pagi, ambil 1-2 biji rebus/sunnyside.
10. Greek Yogurt
Kalau nak makan yogurt, pastikan bebas perisa dan pewarna.
Kalau yogurt berperisa tu tak bagus. Tinggi gula. Tak bagi kebaikan untuk usus.
Pilih Greek yogurt atau plain yogurt BACA SINI
Boleh letak madu, granola, kacang dan buah. Sihat berganda ganda.
Sumber lain termasuk:
Flaxseed
Tahini
Hummus