12 Khasiat Kacang Kuda (Chickpeas) Untuk Kesihatan

Ada yang tanya saya,

“Kenapa ye makan chickpeas, perut jadi kembung?”

Chickpeas atau kacang kuda ada kandungan FODMAP

Fermentable Oligosaccharides, Disaccharides, Monosaccharides & Polyols.

Haa tu dia panjang kemain namanya.

FODMAP ni sejenis gula yang diihasilkan dari karbo.

Tapi tak diserap sepenuhnya oleh usus.

Gula ni mula simpan air di usus besar.

Bila tak diserap maka usus mula mengembang.

Bagaimana cara kurangkan kesan FODMAP?

FODMAP bersifat larut dalam air dan boleh dikurangkan jumlahnya.

Rendam chickpeas dalam air selama 2-3 malam dan basuh sampai bau hilang.

Boleh direbus atau dibuat juadah.

Kalau guna yang dalam tin, toskan air. Basuh sebersihnya.

Kan best kalau ada snek ala ala jajan cikendes tapi VERSI SIHAT

Snek chickpeas KRUK KRAK KRUK KRAK!

1. Tinggi Choline

Satu cawan kacang kuda ada 70.2mg choline.

Penting untuk sistem saraf dan sistem OTAK berfungsi optimal.

Bagus untuk tingkatkan mood positif.

Bantu learning dan memori.

Serta main peranan dalam metabolisma tubuh.

Dalam breakfast saya mesti kena ada.

Bantu boost energi pemula hari.

Choline juga tinggi dalam telur, raspberi, kiwi, mangga, melon.

 

2. Kenyang Lebih Lama

Chickpeas ni bagus untuk weight management.

Sumber bagus untuk perut anti-boyot.

Sebab tinggi serat dan protein. Bantu kawal selera.

Bagi hormon kenyang leptin keluar. Dia benamkan hormon lapar.

Selain ada 400% vitamin A dari chickpeas.

Juga folate, vitamin B6 dan B12.

Paling simple nak makan.

Rebus chickpeas. Gaul dengan seasoning Ni Lagi Sedap.

Lepas itu tambah serbuk kari dan cili.

3. Sumber ‘Plant-Protein’

1 cawan chickpeas bekalkan 14.6g protein.

Kualiti protein chickpeas didapati lebih bagus berbanding bijian lain.

Kerana mengandungi hampir kesemua asid amino.

Nak lagi lengkap, gabungkan dengan sumber seperti quinoa.

Atau kekacang termasuk:

Almond

Kacang gajus

Macadamia

Pecan

Walnut

 

4. Sumber Rendah GI

Kajian dari George Mason University dapati,

Kesan yang hebat kalau ambil chickpeas ni. Dalam kajian peserta:

1. Tidak berisiko untuk obes

2. BMI turun dan

3. Ukur lilit pinggang juga jadi kecil

Untuk yang ada diabetes, chickpeas ni stabilkan gula dalam darah.

Kajian dalam American Journal of Clinical Nutrition dapati,

Mereka yang ambil 200g chickpeas turun gula dalam darah sebanyak 21%.

Banyak tu!

 

5. Cegah ‘Iron Deficiency’

Ikut kajian, kurang iron dan protein sebabkan gugur rambut.

Sebabkan anemia. Chickpeas tinggi iron.

1 cawan bekalkan 27% keperluan harian iron.

Iron penting untuk hasilkan sel darah merah yang sihat.

Untuk otot dan perkembangan OTAK.

Kalau kurang iron dalam diet, tubuh mudah alami fatigue.

Lebih cepat letih, nafas lebih pendek.

Chia seeds juga antara sumber tinggi iron.

BACA 19 MAKANAN KAYA IRON

 

6. Cegah Risiko Penyakit Kronik

Mudahnya, chickpeas baik untuk jantung. Turunkan kolesterol.

Cegah risiko penyakit 3 serangkai:

Diabetes

Hypertension

Kanser

Paling win sekali ialah,

Makan chickpeas bantu keluarkan butyrate dan saponins.

Butyrate turunkan inflamasi pada sel colon.

Rendahkan risiko daripada terkena colon cancer.

Saponins pula hebat dalam halang pertumbuhan tumor.

Hebatkan?

 

Chickpeas juga bagus untuk:

Menguatkan otot & tulang

Kurangkan ‘junkfood craving’

Singkirkan kolesterol jahat

Boost sistem imun

Galakkan tidur nyenyak

Sumber ‘naturally gluten-free’

 

 

BACA ARTIKEL TERBARU MINGGU INI!

12 KHASIAT BROKOLI TERUTAMA…

10 MAKANAN KURANGKAN RADANG

10 SUMBER HEALTHY FATS WAJIB ADA DALAM DIET

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top