9 Makanan Kurangkan Rasa Lapar

9 makanan ini tentukan bentuk badan - lebar atau lentik.

Agak agaklah kan makanan apa yang bagi kurang rasa lapar?

Bila kita makan saja rasa kenyang lama?

Best kan kalau ada makanan macam ni.

Makanan 'natural appetite suppressants'

Bila makan saja dah tak rasa nak mengudap atau berjajan makanan tak sihat lagi.

Bila dah jumpa, rasa senang hati.

1. PISTACHIO

Tak hairan yang ini. Nama pun kacang cerdik.

Hanya 43 biji saja.

Kajian oleh U.S. Agricultural Research Service.

Kajian kata tambah cerdik bila makan pistachio ni.

Walaupun kecil, pistachio ni kaya dengan fiber.

Fiber inilah beri kesan rasa kenyang yang lama.

Lebih menarik lagi pistachio kaya vitamin B6.

Vitamin B6 ini stabilkan gula dalam darah.

B6 juga penting untuk hasilkan hemoglobin darah – naikkan oksigen dalam sel darah merah.

9 makanan: pistachio

2. MINYAK ZAITUN

Campur dalam makanan yang telah siap dimasak.

Kajian dari Technische Universität München (TUM) dan University of Vienna dapati kesan rasa kenyang atau satiety berlaku.

Apabila neurohormon serotonin meningkat di dalam darah.

Serotonin jaga kestabilan mood, selera, memori dan aktiviti seksual.

Menurut pengkaji, rahsia terletak pada dua jenis bau aroma minyak zaitun iaitu Hexanal and E2-Hexanal.

SELANJUTNYA:

SAMA TAPI TAK SERUPA? INI 5 JENIS MINYAK ZAITUN ANDA PATUT TAHU

tahan lapar: olive

3. AVOCADO

Ni lah pemenang pertama.

Avocado kaya dengan lemak sihat dan fiber.

Sebabkan hormon lapar ghrelin menurun.

Dan malu untuk naik dalam jangka masa panjang.

Lebih menarik lagi, dua peptide rasa kenyang naik iaitu peptide GLP-1 dan PYY.

Dalam jurnal Nutrients (2019) pula dapati.

Peserta obes hanya rasa lapar selepas 6 jam ambil avocado.

Satu perkara hebat tentang avocado.

Makan avocado boleh hilang perut boroi abam abam.

Hakak hakak nak badan lentik pun boleh cuba.

avokado

4. LADA CAYENNE

Ya betul. Tambahkan pedas dalam makanan guna serbuk cayenne.

Bantu boost metabolisma dan bakar 10 kalori dengan sendiri.

Bantu makan lebih perlahan dan sedikit.

Kurus secara natural tanpa lapar.

Tapi jangan hang dok pulun bertangkai tangkai sampai buasir!

Apa kesan pedas pada otak?

cayenne

5. KELEDEK

Keledek ni superfood.

Pengganti sumber karbohidrat tak sihat yang ada ‘-putih’ di belakang.

Ada sejenis kanji yang halang enzim daripada cerna keledek dengan cepat.

Bantu keledek duduk lebih lama dalam perut.

Jadi tahan kenyang lebih lama.

tahan lapar: keledek

6. DARK CHOCOLATE

Kena 70% ke atas kandungan cacao.

Rasa pahit akan bagi signal kepada badan untuk kurangkan makan.

Stearic acid dalam dark chocolate bantu perlahankan pencernaan.

Bagi kenyang lebih lama.

Nak lagi power, ambil Granola Bar OCOC.

cacao

7. TOFU

Sumber protein tumbuhan diperbuat dari kacang soya.

Dengan sejenis isoflavone bernama genistein – sekat rasa lapar berlebihan dan kawal food intake.

Tahan lapar dengan buatkan perut sentiasa rasa penuh.

tofu

8. SALMON

Tahu tak bila makan salmon.

Badan secara natural hasilkan lebih banyak hormon leptin – hormon kawal kelaparan.

Kaya omega-3 untuk otak.

Ambil healthy fats untuk tingkatkan sistem penghadaman.

salmon

9. BIJIAN

Kuinoa, granola, oat, barli dan flaxseed. Mereka ni makanan rendah GI.

Lambat dicerna dalam usus.

Kekacang lain termasuk walnut, Brazil nuts, pecan dan kuaci.

Tinggi fiber untuk kawal berat badan.

9 makanan ni kenyangkan perut. Bukan bulurkan diri.

Boleh amal?

bijian

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Anemia Mampu Jejas Perkembangan Otak Anak?

Scroll to Top