4 Kategori Piramid Makanan Anda Kena Tahu

Kalau nak kurus saja.

Hanya perlu kurangkan makan. Erti kata lain, starve yourself.

Berkilo kilo turun. Agak agak apa yang turun?

Air dan otot sahaja.

Lemak masih lagi bahagia dok dalam tubuh kita.

Bagus ke kalau hanya sekadar kurus?

Tapi kalau mahu kurus DAN SIHAT. Macam mana nak buat?

Hanya amalkan BALANCED DIET.

Tak lupa juga banyakkan pergerakan dan senaman.

Sebab kalau jaga makan je tapi tak exercise?

Tubuh mungkin kelihatan kurus.

Tapi tubuh juga mudah jadi lemah. Sebab otot tak diberi makan.

Makanan otot ialah senaman.

 

Level 1: Serat Fiber

Kenapa ye serat fiber menduduki JUARA?

Dulu, KARBOHIDRAT yang selalu berada di tempat pertama.

Sebab statistik semasa dapati,

Ramai rakyat Malaysia yang KURANG ambil sumber fiber

Bukan kurang sikit tapi kurang banyak.

Ada yang dah tua bangka tapi tak makan sayur.

Ini bukan auta. Ini hakikat.

Setiap hari, perlu ada 3 sajian sayur.

Dan 2 sajian buah. Kenapa fiber ni penting?

Ikut kajian Harvard Health Nutrition:

Mereka yang ambil 5 sajian berasaskan fiber punyai,

  • 10% rendah risiko terkena KANSER
  • 12% rendah risiko terkena STROK
  • 35$ rendah risiko terkena COPD (Chronic Obstructive Pulmonary Disease)

Untuk sayur, ambil SAYURAN DAUN GELAP.

Sayur lain bewarna warni juga boleh ambil. Pelbagaikan lagi bagus.

Ada bayam, bokchoy, sawi, Romaine lettuce, carrot, lobak putih, cili.

Butterhead lettuce, arugula, cendawan, tomato.

Tak lupa juga labu, bawang, capsicum, bawang, kale, brokoli.

 

Untuk buah, ambil sumber kaya BETA CAROTENE dan VITAMIN C.

Antioksidan power tubuh sangat perlukan.

Ada oren, ceri, lemon, kiwi, anggur, betik, mangga, jambu batu.

Blueberi, delima, melon, epal, pear, pisang.

Level 2: Karbohidrat & Bijirin

Kalau dulu, piramid makanan Malaysia jadikan KARBOHIDRAT.

Sebagai sumber paling banyak kena makan.

Tapi melihat pada statistik kesihatan yang cukup membimbangkan.

Piramid kini bertukar kedudukan.

KARBOHIDRAT jatuh ke tangga ke-2 selepas FIBER.

Ada 2 kategori karbo:

  • Karbo ringkas (simple carbs)
  • Karbo kompleks (complex carbs)

Tapi orang kita ni ambil terlalu banyak simple carbs.

Ambil pula added simple carbs.

Yang diproses dan ditambah GULA PUTIH.

 

Bukan itu saja, ada tepung putih, roti putih, nasi putih.

Yangi ni pun elakkan ambil.

Ganti dengan alternatif lebih alami dan sihat.

Seperti wholegrain, beras perang, sourdough, gula kelapa.

Ambil complex carbs seperti berikut:

Sayur dan buah juga ada complex carbs.

BACA APA JADI PADA TUBUH KALAU CUT SIMPLE CARBS?

Level 3: Protein & Legum

Protein dan bijian legum duduki tempat ke-3.

Yang ini boleh diambil sederhana.

Protein penting untuk tubuh. Tiap tiap hari kena ambil.

Protein penting sebab bolehkan kita bergerak

Protein berikan sokongan kepada struktur sel dan tisu

Berperanan jadi tukang angkut molekul masuk ke sel dan seluruh tubuh.

Bertindak sebagai messenger.

Tukang hantar signal kepada sel dan tisu.

Protein ni sebahagian dari sistem imun. Bertindak sebagai antibodi

Bertindak serang rejim jahat yang cuba ceroboh sistem

Berperanan sebagai enzim.

Penting sebagai ‘catalyst’ kepada tindakbalas ribuan kimia di dalam sel.

Protein keluarkan tenaga untuk keperluan tubuh.

 

Ringkasnya ambil saja protein setiap hari.

Kurang protein beri impak buruk pada kesihatan.

Hilang otot, letih, perkembangan terbantut & lemah sistem imun.

Adalah hadiah dari diet kurang protein.

Setiap hari, boleh ambil LEAN PROTEIN dan KACANG.

Antaranya; almond, gajus, walnut, pistachio, macadamia.

Level 4: Lemak & Perasa

Seperti yang dijangka.

Lemak, minyak, perasa seperti gula, garam dan MSG

Menduduki tempat TERAKHIR.

Yang ni kalau boleh elak terus lagi bagus.

Bagi, mustahil lah sebab deme ni ada di mana mana.

Sebab itu, penting untuk CHOOSE THE RIGHT FOOD.

Garam ni penting tapi pemilihan tu salah.

Garam Himalaya, atau Garam Celtic lebih baik.

 

Isytiharkan ‘perang’ terhadap makanan berproses segera.

Fast food dan jajan segera berminyak.

Journal of Clinical Investigation banyak keluarkan kajian saintifik.

Ambil makanan masin tingkatkan selera makan.

Natijahnya bentuk benjolan sana sini.

Akibatnya berat naik sesuka hati. Punca baju ‘mengecil’.

 

Makanan masin dikaitkan dengan masalah ginjal, jantung dan darah tinggi.

Masin ini tersembunyi pada jajan jajan.

Kerepek dan keropok. Dalam kari. Dalam masakan sayur.

Jangan dilupa pada makanan bergoreng.

Ada masin tersembunyi. Ada derita menanti.

BACA APA JADI JIKA KURANGKAN MASIN DALAM DIET HARIAN?

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top